HARYANA – Mengerikan tetapi benar apabila sebanyak enam kes rogol dan jenayah seskual dilaporkan di bandar Haryana, utara India sejak minggu kedua Januari tahun ini.
Times of India melaporkan, antara yang paling meruntun jiwa berlaku pada 9 Januari lepas apabila seorang gadis berusia 15 tahun bukan sahaja di rogol dan dibunuh malah beberapa organ dalam badannya hancur dipercayai disula menggunakan alat tajam.
Gadis itu kemudian dibunuh sebelum dicampakkan di sebuah terusan sebuah perkampungan di daerah Jind dalam keadaan menyayat hati.
Pihak berkuasa percaya perbuatan tersebut dilakukan lebih daripada satu suspek dan kerja-kerja pemburuan sedang dilakukan.
Selain daripada itu, pada 13 Januari lepas, seorang-kanak-kanak berusia 11 tahun di rogol oleh dua orang lelaki dengan alasan kanak-kanak itu kasta rendah dan layak diperlakukan sebegitu di Matolda, Haryana.
Pada tarikh sama, seorang wanita berusia 22 tahun yang sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dirogol dalam sebuah kereta yang sedang bergerak sebelum dicampakkan di jalan raya di Faridabad, Haryana.
14 Januari lepas, seorang warga emas berusia 50 tahun ditahan pihak berkuasa selepas bertindak kejam dengan menyula alat sulit seorang kanak-kanak terbabit yang berusia 10 tahun di daerah Pinjore, Haryana.
16 Januari lepas, seorang remaja berusia 15 tahun bertindak mencabul dan merogol bayi berusia tiga tahun di Hisar, Haryana.
Semalam, seorang wanita yang baru berkahwin telah dirogol tanpa belas kasihan oleh dua orang lelaki yang dipercayai kenalan rapat suaminya di daerah Fatahabad sebelum bertindak mencederakan mangsa di muka.
Penduduk Haryana semalam bertindak melakukan demonstrasi mendesak pihak berkuasa untuk bertindak berikutan kebimbangan berterusan terhadap jenayah rogol yang semakin menjadi-jadi di negeri itu.
Insiden cetus kemarahan di seluruh negara, dan mengimbau semula kes rogol dan bunuh pelajar berusia 23 tahun pada 2012.
Jyoti Singh, meninggal dunia 11 hari selepas diserang enam lelaki di atas sebuah bas, susulan kecederaan teruk yang dialaminya.
Bulan lalu, satu lagi kes rogol dan bunuh melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun berlaku di daerah Hisar, Haryana.