Home Sukan Carrick bersara hujung musim ini – Mourinho

Carrick bersara hujung musim ini – Mourinho

Michael Carrick akan memainkan peranan sebagai jurulatih di Manchester United. Foto SkySports.

MANCHESTER – Jose Mourinho mengesahkan pemain tengah kelab itu, Michael Carrick akan bersara pada penghujung musim dan memainkan peranan sebagai jurulatih di Manchester United, lapor Skysports.

Sejak awal musim ini, pemain berusia 36 tahun itu dibelenggu beberapa siri kecederaan dan masalah kesihatan musim ini yang membataskan penampilannya kepada satu aksi iaitu pada September lalu bagi aksi Piala Liga menentang Burton.

Memburukkan keadaan, bekas pemain kebangsaan England itu turut menjalani prosedur kecil bagi mengatasi masalah di bahagian jantungnya.

Pengendali kelahiran Portugal sebelum ini sudah pun mendedahkan Carrick akan ditawarkan jawatan di posisi kejurulatihan bersama skuad utama United jika dia berminat.

Mourinho percaya Carrick yang kembali menjalani latihan penuh akan kembali beraksi di atas padang pada babak kedua musim ini tetapi turut membayangkan karier pemain tengah itu akan berakhir tidak lama lagi. – MalaysiaGazette