Home Ekonomi Belian asing RM702.2j minggu lalu

Belian asing RM702.2j minggu lalu

KUALA LUMPUR – Momentum belian asing dalam ekuiti tempatan masih berterusan bagi minggu keempat berturut-turut.

MIDF Research berkata, berasaskan data awal Bursa Malaysia, pelabur antarabangsa membuat belian sebanyak RM702.2 juta dalam ekuiti tempatan minggu lalu, lebih rendah berbanding RM772.2 juta pada minggu sebelumnya.

Pelabur asing merupakan pembeli bersih minggu lalu dengan belian kemuncak pada hari Selasa selepas menyuntik sebanyak RM227.2 juta, menjejaki keuntungan dari pasaran Asia selepas KOSPI merekodkan keuntungan 0.72 peratus dan memperoleh dana tertinggi sejumlah AS$307.4 juta.

Selain itu, harga minyak naik kepada AS$69.15 juta setong.

Bagaimanapun, penurunan ketara dalam aktiviti belian pada hari Rabu yang menyaksikan sejumlah RM37.5 juta, kedudukan paling rendah sejak 26 Disember 2017.

Walau bagaimanapun, pembelian asing mendapat kembali momentumnya dalam dua hari kemudian, melepasi RM100 juta, katanya.

“Meskipun ada kebimbangan tentang penutupan perkhidmatan Kerajaan Amerika Syarikat tetapi pelabur asing meneruskan belian sejumlah RM111.3 juta ketika Bursa Malaysia merekodkan keuntungan harian tertinggi dalam sembilan hari sebanyak 0.40 peratus, diikuti dengan kedudukan tertinggi ringgit sejak Mei 2016,” kata firma penyelidikan itu dalam nota mingguannya.

Penyertaan asing kekal aktif dengan nilai purata dagangan harian (ADTV) meningkat melepasi RM1 bilion bagi tempaoh tiga minggu meskipun penurunan 20 peratus mingguan.

ADTV runcit juga mencatatkan RM1.76 bilion untuk empat minggu melepasi paras RM1 bilion. – MalaysiaGazette