KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) memberi jaminan tiada penghantaran kargo yang akan terjejas akibat insiden kebocoran gas di Paip Gas Sabah-Sarawak yang berlaku pada 10 Januari lalu.
Petronas dalam kenyataannya berkata, bekalan gas daripada Terminal Minyak dan Gas Sabah ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu telah dihentikan untuk memastikan keselamatan di kawasan insiden.
“Bekalan gas tidak akan terjejas.
“Petronas adalah pembekal LNG yang boleh dipercayai dan tidak pernah gagal dalam penghantaran sejak 1983 dan akan terus berpegang kepada komitmen tersebut kepada pelanggan,” katanya.
Siasatan terhadap kebocoran gas tersebut masih diterus.-MalaysiaGazette