Home Dunia “Jika saya mati, ibu akan pulang”

“Jika saya mati, ibu akan pulang”

BEIJING- Sepucuk surat yang ditulis oleh seorang kanak-kanak perempuan penghidap luekimia kepada bapanya telah meruntun hati para pembaca untuk memberi sumbangan sebanyak 600,000 yuan (AS$93,700) untuk membiayai rawatannya.

Surat yang ditulis oleh Zhang Jiaye, 7, yang berasal dari kampung berdekatan Jiamusi di wilayah Heilongjiang, timur laut China.

Tiada butiran diberikan bagaimana surat tersebut tersebar kepada umum.

“Ayah, saya melihat ayah menangis. Saya sedih.

“Saya tahu ayah telah membelanjakan banyak wang untuk mengubati saya sehingga ayah kehabisan wang.

“Ibu juga telah pergi. Ini semua salah saya.

“Jika saya mati, mak akan pulang dan kamu berdua akan hidup bahagia seperti dahulu.

“Saya tidak mahu dirawat lagi. Kita pulang, ya?” demikian luahan jati Jiaye di dalam suratnya itu.

“Saya rasa seperti langit runtuh di atas kepala,” kata bapa gadis tersebut, Zhang Mingliang.

Gadis kecil itu menerima 18 rawatan dalam masa setahun dengan kos sebanyak 590,000 yuan sehingga menyebabkan keluarga dibelenggu hutang.

Penderaan keluarga ini cepat mendapat respon pengguna internet.

“Saya membaca cerita ini dengan juraian air mata. Tolong beritahu butiran nombor akaun keluarga ini. Semoga dengan bantuan tidak seberapa ini, kita masih ada harapan,” tulis seorang netizen.

Manakala netizen lain pula berpendapat, sistem kesihatan perlu ditambah baik untuk membantu keluarga miskin.-MalaysiaGazette