Home Ekonomi Ekonomi Malaysia terus mengukuh

Ekonomi Malaysia terus mengukuh

KUALA LUMPUR- Ekonomi Malaysia akan terus mengukuh di antara Mac sehingga Mei 2018 bersandarkan Leading Index (CI) dan Coincident Index (CI) yang semakin baik pada November 2017.

Menurut Jabatan Statistik, LI memantau prestasi ekonomi pada masa hadapan, telah mencatatkan pertumbuhn sebanyak satu peratus kepada 121.3 mata pada November tahun lalu berbanding 120.1 mata bulan sebelumnya.

Dalam satu kenyataan di sini, Jabatan Statistik berkata, peningkatan itu disokong oleh jumlah unit perumahan yang telah diluluskan (0.5 peratus), unjuran nilai jualan dalam sektor pengilangan (0.4 peratus), import sebenar logam berharga dan bukan besi (0.1 peratus) dan jumlah syarikat baharu yang telah didaftarkan (0.1 peratus).

Manakala CI, yang mengukur aktiviti ekonomi semasa, meningkat 0.5 peratus pada November 2017 disokong oleh peningkatan Indeks Pengeluaran Industri (0.3 peratus) dan Jumlah Indeks Perdagangan Runcit (0.2 peratus).

Perubahan tahunan CI meningkat kepada 3.6 peratus pada yang disemak berbanding 3.5 peratus bulan sebelumnya.-MalaysiaGazette