BAITULMAQDIS – Amerika Syarikat akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada akhir 2019, kata Naib Presiden Mike Pence.
Ketika berucap di Parlimen Israel, Pence menggesa Palestin untuk memulakan rundingan pendamaian dengan Israel
“Baitulmaqdis adalah ibu negara Israek dan Presiden Donald Trump telah mengarahkan Jabatan Negara untuk memulakan persediaan bagi perpindahan itu.
“Pada minggu-minggu berikutnya, pentadbiran kami akan mendahului pelan pembukaan Kedutaan Amerika Syarikat di Baitulmaqdis. Dan kedutaan itu akan dibuka sebelum akhir atau tahun depan,” katanya. – MalaysiaGazette