ALASKA – Amaran tsunami dikeluarkan selepas perairan Alaska di Amerika Syarikat dilanda gempa bumi berukuran 7.9 magnitud.
Gempa itu melanda di 280 kilometer (173 batu) tenggara Kodiak, pada kedalaman 25 kilometer pada pukul 0031 (09:31 GMT), kata Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, amaran itu berkuatkuasa di perairan Alaska dan British Columbia, sementara pantai barat Amerika Syarikat berada dalam pemerhatian tsunami.
Tetapi pemerhatian tsunami di pulau-pulau Hawaii dan Guam telah dibatalkan.
Pegawai di Anchorage memperingatkan kawasan pesisir, mengatakan terdapat “ancaman luar biasa terhadap kehidupan atau harta benda”.
Orang ramai turut diminta mendapatkan perlindungan di kawasan yang lebih tinggi terutama penduduk di beberapa tempat di sekitar Teluk Alaska, Homer, Seward, Kodiak, Sitka dan Unalaska. – MalaysiaGazette