Home Dunia 2 maut, 17 cedera tembakan di sekolah

2 maut, 17 cedera tembakan di sekolah

Kenderaan paramedik dan pihak berkuasa berada di kawasan Sekolah Tinggi Marshall County di Benton selepas kejadian tembakan rambang yang mengakibatkan dua maut dan 17 lagi cedera. foto Agensi

KENTUCKY – Dua pelajar maut dan 17 lagi cedera dalam kejadian tembakan di Sekolah Tinggi Marshall County di Benton.

Dalam tragedi itu seorang pelajar lelaki dan perempuan, masing-masing beruia 15 tahun, meninggal dunia di hospital dan di tempat kejadian.

Penyerang yang belum dikenal pasti telah ditangkap selepas 15 minit melepaskan tembakan menggunakan pistol.

Suspek juga pelajar sekolah berkenaan melepaskan tembakan secara rambang di kawasan sekolah sebelum kelas bermula.

Polis berkata, suspek akan didakwa kerana membunuh dan niat membunuh.

Lima pelajar dikejarkan ke hospital di Nashville, Tennessee untuk rawatan dan seorang meninggal dunia kerana tembakan di kepala. – MalaysiaGazette