Home Ekonomi Kadar inflasi negara 3.7% tahun lalu

Kadar inflasi negara 3.7% tahun lalu

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kadar inflasi negara tempoh Januari hingga Disember 2017 mencatatkan kenaikan sebanyak 3.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Manakala kadar inflasi bagi bulan Disember lalu naik 3.5 peratus kepada 120.9 daripada 116.8 pada bulan yang sama tahun lepas.

Indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol menjadi pemacu utama kepada kenaikan Indeks Harga Pnegguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Disember 2017 mencatatkan peningkatan 4.0 peratus.

Jabatan Perangkaan berkata, peningkatan ini adalah disebabkan kenaikan indeks makanan di luar rumah (+4.8 peratus) dan makanan di rumah (+3.7 peratus).

Manakala indeks kopi, teh, koko dan minuman bukan alkohol turun 0.3 peratus.

Antara subkumpulan makanan di rumah yang mengalami kenaikan signifikan dalam tempoh ini ialah minyak & lemak (+13.3 peratus), ikan & makanan laut (+6.7 peratus), sayur-sayuran (+4.0 peratus), buah-buahan (+3.4 peratus) dan daging (+3.1 peratus).

Kumpulan utama lain yang menyumbang kepada kenaikan IHP dalam tempoh ini ialah pengangkutan (+13.2 peratus), kesihatan (+2.5 peratus), restoran & hotel (+2.5 peratus), perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (+2.2 peratus) dan hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (+2.1 peratus). – MalaysiaGazette