Home Sukan Roonney terpaksa jual kereta BMW

Roonney terpaksa jual kereta BMW

Foto mirror.uk.com.

LONDON – Gara-gara dilarang memandu kerana kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, penyerang Everton, Wayne Rooney mahu menjual kereta BMW i8 miliknya.

Mirror.uk.com melaporkan, bekas bintang England itu menetapkan harga kira-kira £64,995 (RM356,123) buat kereta metalik peraknya itu.

Pada September lalu, pemain berumur 31 tahun itu ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam satu insiden di Cheshire, England.

Rooney dikenakan perintah larangan memandu selama dua tahun akibat kesalahan itu.

Selain itu, dia turut diarahkan melakukan kerja-kerja komuniti selama 100 jam tanpa bayaran dalam tempoh 12 bulan.

Rooner membeli kereta itu pada Januari 2015 dengan £50,000 (RM323,962). – MalaysiaGazette