WASHINGTON – Agensi Perisikan Pusat (CIA) yakin program peluru berpandu Korea Utara hanya mahu memberi tekanan semata-mata, kata Pengarahnya Mike Pompeo.
Menurutnya, langkah Pyongyang seterusnya sudah pasti membangunkan pelbagai senjata dengan kemampuan melancarkan lebih banyak peluru berpandu.
Pompeo ketika berucap di Institut Enterprise Amerika berkata, adalah menjadi risiko utama membenarkan Korea Utara membangunkan program nuklear dan peluru berpandu kerana ia boleh merebak ke negara lain.
Tambah beliau, fokus utama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump adalah untuk menyelesaikan krisis itu dengan cara diplomatik tetapi CIA sedang mencari jalan untuk memberikan beliau pelbagai pilihan. -MalaysiaGazette