Home Nasional Operasi aero tren tergendala

Operasi aero tren tergendala

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan aero tren Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tidak dapat beroperasi mulai pukul 9.30 pagi tadi hingga tengah hari ini disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan kecemasan.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata, penumpang diminta terus ke lounge bas dan akan dibantu oleh kakitangan Airport Care.

Dalam makluman menerusi sosial media, MAHB berkata, 14 bas disediakan untuk kemudahan membawa penumpang antara terminal utama dan bangunan satelit.

Kira-kira 12,000 orang penumpang dijangka menggunakan perkhidmatan bas itu. –  MalaysiaGazette