Home Sukan Enrique calon baharu Chelsea

Enrique calon baharu Chelsea

Luis Enrique. Foto FourFourTwo.

LONDON – Nama bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique tiba-tiba menjadi sebutan untuk ke kelab Liga Perdana Inggeris musim panas ini.

The Mail melaporkan, Enrique yang kini menjadi pengurus bebas selepas dia meninggalkan Barcelona  sebelum ini akan menguruskan Chelsea.

Dia menjadi pilihan utama untuk menggantikan Antonio Conte yang mahu meninggalkan kelab selepas tamat musim ini.

Dalam masa itu, pemilik kelab Roman Abramovic dikatakan tidak mahu campur tangan dalam urusan pengurus kelab.

Spekulasi Conte mahu meninggalkan Chelsea kini bertebaran sama ada dia akan berhenti atau dipecat sehingga akhir musim Mei ini.

Situasi ini timbul selepas Conte tidak berpuas hati dengan ahli lembaga pengarah dalam urusan perpindahan pemain. – MalaysiaGazette