Home Seni Hidup Isteri Sharnaaz hamil?

Isteri Sharnaaz hamil?

Foto Instagram Noor Nabila.

KUALA LUMPUR – Gara-gara berkongsi foto di sebuah pusat perubatan, pelakon Sharnaaz Ahmad dihujani ucapan tahniah oleh netizen sejak semalam.

Foto tersebut telah menimbulkan spekulasi isterinya, Noor Nabila yang juga kakak pengacara, Neelofa itu kini hamil.

Menerusi Instagramnya, Noor Nabila menerusi kapsyen gambar tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang memberi perkhidmatan terbaik kepadanya.

“Thank you Kak Ena (Ghazlina Ghazali) for the best and superb hospitality and customer service. Sentiasa bersedia membantu walaupun off day. Salah satu sebab saya pilih #princecourtmedicalcentre,” tulisnya.

Sementara itu, beberapa selebriti termasuk rakan baik mereka iaitu Awal Ashaari mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

Foto berkenaan turut mendapat lebih 21,000 tanda suka dan 137 komen yang rata-rata mengucapkan tahniah serta memberi kata-kata semangat kepada Sharnaaz dan Noor Nabila.

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada pengesahan daripada Sharnaaz mahupun Noor Nabila berkaitan perkara itu.

Sharnaaz bergelar suami kepada Noor Nabila Mohd Noor dalam majlis sederhana yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini pada Mac tahun lalu – MalaysiaGazette