Home Ekonomi CEO Brahim letak jawatan atas sebab peribadi

CEO Brahim letak jawatan atas sebab peribadi

Brahims

KUALA LUMPUR- Kurang dua tahun menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Brahim Holdings Bhd., Nasser Abu Bakar meletakkan jawatan atas sebab peribadi.

Nasser, 50, dilantik sebagai CEO syarikat pengeluar dan pembekal makanan itu pada 25 Februari 2016.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai CEO TM Info-Media Sdn. Bhd. dan Pengurus Besar Kanan Sapura Holdings. – MalaysiaGazette

 

c8082ad5b097f8d19268f76d22f1f996?s=150&d=mp&r=g
+ posts