Katanya projek tebatan banjir itu yang termasuk meningkatkan tebing Empangan Timah Tasoh berjalan seperti biasa dan turut dipantau oleh ibu pejabat JPS di Kuala Lumpur.
Pengarah berkenaan yang berumur 60 tahun dan dijadualkan bersara Mei ini direman selama tujuh hari bersama dua lagi individu bagi membantu siasatan.
“Saya tidak pasti penahanan pengarah JPS tersebut ada kaitan dengan projek tersebut. Elok saya tidak komen dan serahkan kepada SPRM menjalankan siasatan,” kata Azlan kepada media semasa ditemui pada program ‘Sentuhan Jualan Rakyat’ anjuran UMNO bahagian Kangar di nat (pasar pagi) Behor Lateh di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain beliau berkata kerajaan negeri telah meluluskan pengurangan 20 peratus bagi tujuh kategori lesen peniaga kecil berkuatkuasa esok.
Pengurangan ini adalah antara inisiatif baharu dan wawasan kerajaan negeri dalam pembentangan Bajet 2018 pada 12 Disember lepas bagi menggalak rakyat khusus golongan muda terlibat dengan aktiviti perniagaan,” kata Azlan.- BERNAMA