Home Sukan FIFA sahkan perpindahan pemain EPL seawal 9 Jun

FIFA sahkan perpindahan pemain EPL seawal 9 Jun

fifa

ENGLAND – Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan bahawa jendela perpindahan musim panas Liga Perdana Inggeris (EPL) akan membuka tirai bermula 9 Jun 2018.

Sebanyak 14 daripada 20 kelab EPL yang terlibat telah mengundi sebagai bersetuju dengan syarat baharu itu untuk memuktamadkan segala urusan pelaburan pemain sebelum musim 2018/19 membuka tirai secara rasmi pada 11 Ogos tahun ini.

Malah segala urusniaga pembelian dan pelepasan pemain kelab-kelab EPL perlu dimuktamadkan sebelum musim baharu Ogos 2018 membuka tirai secara rasmi.

Walaupun pemindahan pemain ditutup pada Khamis 9 Ogos pukul 5 petang waktu tempatan iaitu awal dua hari sebelum aksi pembukaan EPL, penutupan pemindahan rasmi mengikut FIFA hanya terlaksana pada 31 Ogos seperti sebelum ini.

Kelab-kelab EPL perlu memuktamadkan pemindahan pemain sebelum 9 Ogos 2018 tahun ini.

Ini bermakna sementara kelab Inggeris tidak dibenarkan untuk membeli pemainĀ  selepas 9 Ogos ini, berkemungkinan pemain boleh dijual kepada kelab luar negara.

Liverpool sebenarnya sudah bersetuju dengan pembelian pemain tengah, RB Leipzig Naby Keita tetapi dia dipercayai hanya akan bersama kelab bermula 1 Julai ini.

Dalam perkembangan lain, bintang sayap Leicester, Riyad Mahrez juga ponteng dua sesi latihan bersama Leicester setelah kecewa penghijrahannya ke Manchester City tidak termeterai 31 Januari lalu.

Kini, Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) sedang mempertimbangkan potensi menutup pemindahan pemain sebelum 4 Ogos dengan kesemua 72 kelab terlibat akan membuang undi Februari ini. – MalaysiaGazette