Home Dunia Bekas Presiden Maldives ditahan

Bekas Presiden Maldives ditahan

 

MALE – Bekas Presiden Maldives, Maumoon Abdul Gayoom yang pernah memerintah negara ini untuk 30 tahun ditahan di kediamannya di ibu kota Male hari ini.

AFP melaporkan, penahanan itu dilakukan oleh oleh abang tiri Maumoon, Abdulla Yameen yang kini menjawat jawatan Presiden Maldives.

Anak perempuan Maumoon, Yumna Maumoon, melalui laman sosial Twitter mendedahkan, ayahnya ditahan selepas Abdulla mengeluarkan perintah darurat selama 15 hari bagi negara ini dan arahan penahanan beliau dilakukan berkuatkuasa serta merta.

Menantu lelaki Maumoon juga turut berada dalam rumah tersebut juga ditahan pihak berkuasa.

Buat pertama kali dalam sejarah Maldives, negara ini melakukan pilihan raya umum secara demokratik pada tahun ini selepas pengunduran Maumoon sebagai Presiden pada tahun 2008.

Bagaimanapun, Maumoon, 80, mula bergiat aktif dalam menjatuhkan Abdulla dengan menjalinkan kerjasama dengan pembangkang dan melakukan kempen anti Presiden sejak kebelakangan ini.-MalaysiaGazette