ACAPULCO – Dua orang paderi dan seorang guru sekolah rendah ditembak mati tanpa perikemanusian di Guerrero, Mexico dalam insiden keganasan terbaru di negeri ini yang turut memiliki statistik kadar jenayah tertinggi setakat ini.
AFP melaporkan, ketiga-tiga suspek dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan sebelum diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
Jurucakap polis dalam kenyataan berkata, kumpulan itu juga bertindak mencederakan empat lagi yang lain dengan melepaskan tembakan dari sebuah kereta bertentangan di tengah lebuh raya yang menghubungkan pecan Taxco dan Iguala.
“Siasatan awal mendapati sebuah kenderaan berwarna hitam menghalang jalan sebelum beberapa penjenayah dilihat melepaskan tembakan ke arah kereta yang menggunakan jalan itu.
“Kita juga telah menemui kereta suspek sejauh 1.5 kilometer dari tempat kejadian bersama-sama tali senapang dalam kenderaan itu. Kita masih lagi menyiasat dengan rapi insiden ini,” kata kenyataan itu.
Insiden ini juga dipercayai dengan beberapa kejadian pembunuhan paderi di negeri itu yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.
Gereja tempatan juga mengutuk tragedi tersebut dan menggesa pihak berkuasa untuk segera menyelesaikan isu tersebut dengan mencari suspek yang bertanggungjawab sebelum lebih ramai menjadi mangsa selepas ini.
Serangan ke atas paderi semakin berleluasa di Mexico terutama di wilayah terkenal dengan kegiatan jenayah berkumpulan dan kartel dadah seperti Guerrero dan pihak berkuasa seolah-olah buntu untuk menangani perkara ini. –MalaysiaGazette