Home Dunia 30 maut akibat pengeboman dan serangan tentera Syria

30 maut akibat pengeboman dan serangan tentera Syria

A picture taken on February 5, 2018, on a mountain on the Syrian-Turkish border, north of Azaz, shows Turkish-backed Syrian rebels standing next to a damaged structure. Turkey launched operation "Olive Branch" on January 20 against the Syrian Kurdish People's Protection Units (YPG) militia in Afrin, supporting Syrian opposition fighters with ground troops and air strikes. / AFP PHOTO / Saleh ABO GHALOUN

ARBIN – Hampir 30 orang awam maut akibat tindakan pengeboman rejim di kawasan pemberontak berhampiran Damsyik semalam.

Penduduk di seluruh kawasan pertempuran dilaporkan berkata berlaku peningkatan pengeboman dalam masa yang sama tentera Syria dituduh menggunakan bahan kimia toksik terhadap zon yang dikawal pemberontak.

Amerika Sayrikat (AS) dalam pada itu berkata, wujud bukti jelas beberapa serangan gas klorin sejak beberapa minggu lalu termasuk di kawasan pembangkang di timur Ghouta.

“Dua puluh sembilan penduduk awam maut dan puluhan mangsa lain cedera,” kata ketua badan pemantau perang itu, Rami Abdel Rahman.

Serangan paling dasyat berlaku semalam di sebuah pasar di kawasan Beit Sawa apabila 10 orang penduduk termasuk dua kanak-kanak terkorban manakala sembilan lagi termasuk dua kanak-kanak dan seorang pekerja penyelamat tempatan terbunuh di Arbin. – MalaysiaGazette