AMSTERDAM – Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) mengumumkan Ronald Koeman sebagai jurulatih Belanda yang baharu skuad kebangsaan.
KNVB dalam satu kenyataan berkata, bekas pengurus Everton itu diberi tanggungjawab menguruskan pasukan kebangsaan termasuk persiapan Piala Dunia 2022.
Koeman merupakan bekas pemain pertahanan Belanda dan menjadi jurulatih ketujuh Oranje dalam tempoh lapan tahun.
Belanda berjaya merangkul gelaran naib juara Piala Dunia 2010 dan menamatkan di tempat ketiga ketika di Brazil empat tahun lalu.
Selain Everton, Koeman juga pernah mengurus beberapa kelab lain termasuk Barcelona (2000), Southampton dan Feyenoord. – MalaysiaGazette