Friday, September 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Adzlan Mat Sidek

Mohd Adzlan Mat Sidek

688 Artikel 0 Komen

YDP Agong Berkenan Hadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi tabik hormat semasa melakukan pemeriksaan barisan kehormat pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda di Dataran Pahlawan, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2022.

LENSA MG | Aksi Harimau Malaya Menang 3 – 1 Turkmenistan...

Pemain Malaysia, Safawi Rasid meraikan gol pertama Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan pada perlawanan bola sepak dalam aksi kelayakan kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 08 JUN 2022.

Penyokong Hitam Kuning #HarimauMalaya

Gelagat penyokong Harimau Malaya yang hadir bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia menentang Turkmenistan dalam aksi kelayakan kumpulan E Piala Asia 2023 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 08 JUN 2022.

Orang Asli Kelantan Berarak Serah Memorandum Kepada PM di Putrajaya

Sebahagian orang asli dari suku kaum Temiar memegang poster bantahan pembinaan empangan hidroelektrik di Sungai Nenggiri, Gua Musang, Kelantan yang mewakili suara lebih 3 ribu orang asli daripada 17 wilayah semasa hadir untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan TNB ketika di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 07 JUN 2022.

Idris Ahmad Pecah Tanah Kompleks Pendidikan YAPIS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad melakukan gimik majlis pecah tanah Kompleks Pendidikan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) ketika di Mukim Sungai Panjang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 06 JUN 2022.

Reunion Aman Bekas Perajurit ATM

Bekas perajurit membuat tabik hormat semasa hadir ke program Reunion Bersama Bekas Perajurit Semalaysia ATM dan Isu-Isu Semasa Veteran ATM di Tugu Negara, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 JUN 2022.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kini Kembali

Pengunjung yang tidak melepaskan peluang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) dengan diadakan secara fizikal yang bermula hari ini sehingga 12 Jun selepas dua tahun dilaksanakan secara dalam talian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 03 JUN 2022.

Sindiket Pengedaran Dadah Seberat 696kg Berjaya Ditumpaskan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan pelbagai jenis dadah selepas berjaya menumpaskan sidiket penyeludupan dan pengedaran di Selangor dan Kedah ketika sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 03 JUN 2022.

Zuraida Kamaruddin Disambut Meriah Penyokong PBM di KLIA

Bekas Pemimpin PPBM, Datuk Zuraida Kamaruddin disambut dengan lebih 100 orang penyokong dengan laungan 'Bangsa Malaysia' ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto MOHD ADZLAN, 02 JUN 2022.

Aksi Perlawanan Harimau Malaya Benam Hong Kong 2 – 0

Pemain Malaysia, Muhammad Safawi Rasid meraikan gol pertama buat Harimau Malaya dengan sepakan penalti pada perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Hong Kong di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 01 JUN 2022.