Friday, September 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1335 Artikel 0 Komen

Dr Ronald Kiandee di Pra-Pelancaran MAHA 2022

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee bergambar bersama rakan strategik dan rakan acara pada Majlis Pra-Pelancaran Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2022 di Dewan D, MAEPS Serdang. Foto AFFAN FAUZI 09 JUN 2022.

Ops Kesan PERKESO Kompaun Majikan Gagal Daftar dan Carum Pekerja

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed mengeluarkan notis kompaun kepada majikan yang gagal mencarum Perkeso kepada pekerja-pekerjanya semasa operasi Ops Kesan Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 08 JUN 2022.

Senator Idris Ahmad Kunjung Serah Skim Pinjaman Buku Teks KAFA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail (empat kiri) bergambar bersama penerima-penerima pada Majlis Apresiasi Kunjung Serah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) KAFA Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Masjid Az Zubair Ibnul Awwam, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 MEI 2022.

Pemandu Myvi Putih Lagak Samseng Dihadap Ke Mahkamah

Anggota polis mengiringi pemandu Perodua Myvi ke mahkamah bagi pertuduhan atas kesalahan memandu secara melulu dan merbahaya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MEI 2022.

Najib Razak, Arul Kanda di Mahkamah #1MDB

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 MEI 2022.

Abang Bomba Sertai ‘Fun Run’

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Noor Azman Taib (tengah) diiringi Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid (kiri) menyempurnakan gimik perlepasan Larian Bomba #KeluargaMalaysia sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 di Dataran Perbadanan Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 28 MEI 2022.

Johari Abdul Ghani Hadir Sambutan Aidilfitri 2022

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani beramah mesra dengan pengunjung yang hadir pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 di Pekarangan Pintu Gerbang Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 28 MEI 2022.

Jamil Khir Hadir Sidang Kemuncak Ulama 2022 Perpaduan Asas Pembelaan Al-Aqsa

Penasihat Khas Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersalaman dengan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Ali Al-Quradaghi (kanan) pada Majlis Makan Malam Sidang Kemuncak Ulama 2022 Perpaduan Asas Pembelaan Al-Aqsa di Movenpick Hotel dan Convention Centre, Sepang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 22 MEI 2022.

Sambutan Hari Ibu 2022 KPWKM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff beramah mesra dengan sebahagian ibu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Ibu 2022 di SK Datuk Keramat 1 & 2, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 MEI 2022.

KPDNHEP Lancar Logo Barang Kawalan dan Barang Subsidi

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama timbalannya, Datuk Rosol Wahid (dua kiri) melancarkan Logo Barang Kawalan dan Barang Subsidi pada Perhimpunan Bulanan Warga KPDNHEP di Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 19 MEI 2022.