Afiq Razali
Hari Keempat Ops Covid-19 ‘Perintah Kawalan Pergerakan’
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memeriksa kenderaan semasa sekatan jalan raya Ops Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 di Tol Damansara, Petaling Jaya. foto AFIQ RAZALI, 21 MAC 2020
Naik Transit LRT, Mengelak Dari Sekatan Jalan Raya
Orang ramai menaiki transit aliran ringan (LRT) walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah berkuatkuasa di seluruh negara berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 21 MAC 2020
Peniaga Degil, Polis Serbu Kedai Serbaneka dan Kedai Makan Buka 24...
Anggota Polis mengarahkan pekerja kedai serbaneka dan kedai makan 24 jam menutup operasi susulan arahan kerajaan negeri Selangor yang menghadkan operasi dari 6 pagi sehingga 12 malam sahaja bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 di sekitar Bandaraya Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 21 MAC 2020
Perintah Kawalan Pergerakan di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam
Anggota polis menasihati seorang warganegara Thailand untuk beredar susulan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19 di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 20 MAC 2020
Ops Covid-19 Beri Nasihat kepada Geng Main Dam Haji
Anggota polis kelihatan memberikan nasihat kepada orang ramai yang berkumpul supaya bersurai susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Ops Covid-19 yang memasuki hari kedua di sekitar bandaraya Klang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 19 MAC 2020
LENSA MG | Sekatan Jalan OPS Covid-19 ‘Perintah Kawalan Pergerakan’
Kelihatan pegawai polis menasihati orang ramai untuk pulang ketika membuat sekatan jalan raya pada OPS Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdanan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jalan Khoo Kai Kim, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 18 MAC 2020
Perintah Kawalan Pergerakan | LENSA MG di Terminal Bas Seksyen 17...
Suasana di dalam terminal bas yang kelihatan sesak apabila orang ramai mula pulang ke kampung susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang ketika tinjauan di Terminal Bas Seksyen 17 Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 17 MAC 2020
Perintah Kawalan Pergerakan | LENSA MG di IPD, Shah Alam
Suasana semasa orang ramai, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) beratur untuk mendapatkan serta menghantar Borang Kebenaran Rentas Negeri sebelum PDRM menarik semula perintah larangan keluar dari satu negeri ke negeri lain susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika tinjauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 17 MAC 2020
Daily Life – Pelajar UiTM Pulang Kampung Halaman #Covid-19
Sebahagian pelajar UiTM kelihatan membawa beg pakaian meninggalkan kolej untuk pulang ke kampung halaman susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 17 MAC 2020