Thursday, November 28, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Afiq Razali

Afiq Razali

315 Artikel 0 Komen

Polis, Tentera Serbu Rumah ke Rumah Tidak Patuhi SOP

Anggota Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bersama Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat rondaan di sekitar perumahan awam pada hari kedua perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi oleh orang ramai di Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 25 MEI 2020

KHUTBAH Ringkas Buat Pelatih MDS Menitis Air Mata di Pagi Raya...

Kakitangan Madrasah Darul Solihin membaca khutbah Aidilfitri selepas menunaikan solat sunat Aidilftri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 24 MEI 2020

Tetap Susun Biskut Raya Dalam Balang Walaupun PKPB

Dari kiri Norazimah Abdul Manan, Tuan Qurrtau'ain Afiqah Tuan Sukeri dan Tuan Qurratu'ain Farzana Tuan Sukeri membuat persiapan di malam raya dengan memasukkan kuih ke dalam balang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Changkat, Gombak, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 23 MEI 2020

13 Keluarga Setinggan Gembira Terima Sumbangan Ziarah Ramadan MG

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak (kiri) menyampaikan bantuan keperluan asas makanan dan sumbangan kepada Penduduk, Saadiah Baharum (kanan) bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Program Ziarah Ramadan Malaysia Gazette di Kampung Muhibbah, Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 23 MEI 2020

Kemahiran ‘Nganyam Ketupat’ Tambahan Sumber Pendapatan #HariRayaAidilfitri

Peniaga, Fadli Bakri menganyam ketupat yang akan dijual kepada orang ramai menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak Covid-19 di Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 22 MEI 2020

‘Lemang Daun Lerek’ Jadi Tarikan Sempena Musim Perayaan Aidilfitri

Petugas Lemang Daun Lerek mempersiapkan lemang dengan membasuh daun lerek, memasukkan ke dalam buluh dan membakar lemang untuk dijual kepada orang ramai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak Covid-19. Setiap hari 2000 batang lemang akan dibakar bermula dari 8 pagi sehingga 10 malam di Simpang Tiga, Gombak. foto AFIQ RAZALI, 22 MEI 2020

Persiapan Menjelang Hari Raya Aidilfitri

Tinjauan orang ramai keluar membeli belah bagi persiapan menjelang hari raya Aidilfitri yang bakal tiba di sekitar Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 22 MEI 2020

PPZ-MAIWP Beri Baju Raya Kepada Gelandangan

Gelandangan yang hadir bagi menerima sumbangan baju raya daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada Program Syukuri Nikmat di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 22 MEI 2020

Ketua Pengarah JPJ Lawat JPJ Selangor

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid memantau pengoperasian kaunter JPJ ketika dibuka kepada orang ramai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak Covid-19 di Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 18 MEI 2020.

DAILY LIFE – Kaki Pancing Lepas Gian

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memancing selepas kerajaan negeri Selangor membenarkan aktiviti memancing berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) susulan penularan wabak Covid-19 di Seksyen 24, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 17 MEI 2020.