Agensi
Pelantikan pengarah FBI selewat-lewatnya Jumaat ini
Trump berkata, nama pengganti James Comey akan diumumkan pada hari Jumaat sebelum beliau mengadakan lawatan pertama ke luar negara.
Proton bincang semula tawaran Geely
Proton Holdings Berhad dijangka mengadakan mesyuarat lembaga pengarah minggu ini untuk membincangkan penjualan kepentingan dalam perniagaan tidak menguntungkan, menurut sumber.
Dalang serangan siber diburu di seluruh dunia
Serangan terbaharu itu berlaku pada tahap di luar jangkaan dan memerlukan siasatan menyeluruh pada peringkat antarabangsa bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.
Ramen ulat jadi kegemaran rakyat Jepun
Pencinta makanan di negara matahari terbit itu merasakan campuran serangga tersebut menjadikan hidangan ramen lebih enak daripada kebiasaan.
2 terbunuh kereta api tergelincir
Kereta api itu membawa 70 penumpang dalam perjalanan dari Athens ke bandar kedua terbesar Thessaloniki apabila ia tergelincir di bandar Adendro, kira-kira 37 kilometer dari stesen ia berlepas, kata syarikat keretapi TRAINOSE.
22 geng penjenayah Hondusras bolos dari penjara
Banduan-banduan itu telah dikurung di dalam unit khas "Scorpion" - yang menempatkan geng Bario 18, kumpulan penjenayah terkenal, kata jurucakap pihak berkuasa.
Korea Utara lancar peluru berpandu
Korea Utara telah melepaskan peluru berpandu daripada wilayah terdekat di perairan barat, kata tentera Korea Selatan.
Korea Utara lepaskan tembakan yang tidak dikenalpasti
Korea Utara melepaskan satu tembakan yang masih belum dikenal pasti daripada sebuah wilayah berhampiran pantai baratnya, demikian menurut tentera Korea Selatan.
Jenis tembakan masih belum jelas, kata pegawai tersebut dalam satu perbualan telefon.
Hyundai, Kia panggil semula 240,000 kereta
Kementerian tersebut meminta pendakwa untuk menyiasat sama ada pengeluar kenderaan tersebut cuba melindungi lima kelemahan yang melibatkan sebanyak 12 model termasuk Elantra, Sonata, Santa Fe dan Genesis.
Ini merupakan kali pertama kementerian pengangkutan mengeluarkan arahan wajib pemanggilan semula kenderaan Hyundai dan Kia.
Trump pernah cuba rasuah Comey?
Trump semasa makan malam tersebut turut berbincang dengan Comey sama ada pegawai polis tertinggi itu boleh kekal di dalam jawatannya dan meneruskan tempoh perkhidmatan selama 10 tahun lagi.
Menurut Tribe, bertanyakan soalan tersebut sebenarnya adalah “menghampiri rasuah atau setidak-tidaknya telah menghalang keadilan” yang mana Comey merupakan orang yang bodoh sekiranya menerima tawaran tersebut.