Friday, September 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Ashraf Mustaqim

Mohd Ashraf Mustaqim

21 Artikel 0 Komen

DAILY LIFE – KUALA LUMPUR

Seorang jurual memperbetulkan pakaian yang dipamer ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena cuti umum di Pusat Membeli Belah Sunway Pyramid, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 30 JANUARI 2017.

TARIAN SINGA SEMPENA TAHUN BARU CINA

Kanak-kanak pelbagai bangsa turut mengambil kesempatan melihat dengan lebih dekat persembahan tarian singa sempena sambutan rumah terbuka MCA Tahun Baru Cina 2017 di Wisma MCA, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 28 JANUARI 2017.

RUMAH TERBUKA MCA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2017

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama kepimpinan parti MCA diketuai Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan kepimpinan tertinggi parti komponen Barisan Nasional, bergambar kenangan pada Majlis Rumah Terbuka MCA sempena Tahun Baru Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 28 JANUARI 2017

Malaysian Tigress ke Final Hoki Liga Piala Dunia Wanita

Reaksi kegembiraan yang tidak dapat dikawal oleh pemain hoki Malaysia selepas Malaysian Tigress layak ke perlawanan akhir selepas menang menerusi penentuan pukulan penalti 2-1 pada perlawanan separuh akhir Hoki Liga Piala Dunia Wanita di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lampur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 21 JANUARI 2017.

Tomok, Fattah Amin, Zahid, Aril dan PU Hafiz Busking AId On...

Penyanyi Tomok, bersama beberapa rakan artis lain seperti Aril AF dan PU Hafiz menyanyikan lagu di dalam gerabak KTM bagi menghiburkan orang ramai sambil mendapatkan derma untuk membantu anak yatim pada program Busking AId On Train di KL Sentral, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 21 JANUARI 2017.

Ismail Sabri Bersama JKKK Negeri Johor

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan replika cek Elaun JKKK Negeri Johor Bagi Tahun 2017 kepada Presiden Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Johot, Rosli Kasmin pada Majlis Perhimpunan JKKK Negeri Johor di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 16 JANUARI 2017.

Ismail Sabri Rasmi Pembukaan Pejabat Risda Negeri Johor

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandatangani plak perasmian Pejabat Risda Negeri Johor, turut disaksikan oleh Exco Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad (tangah) dan Ketua Pengarah Risda, Mohd Najib A. Samad di Bandar Baru Uda, Johor. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 16 JANUARI 2017.

Ismail Sabri Serah Kunci PPRT Penduduk Taman Sinar Sedili

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Exco Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad (dua kiri), Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Datuk Dang A Malek Daing A Rahaman (tengah) dan ADUN Sedili, YB Rasman Ithnain (dua kanan) bergambar bersama di hadapan rumah contoh PPRT pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRT Taman Sinar Sedili, Kota Tinggi, Johor. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 15 JANUARI 2017.

Bekas Pengarah Urusan Tekun Nasional Ditahan SPRM

Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyalahgunakan kuasa meluluskan permohonan pinjaman program perintis di Mahkamah Seksyen Shah Alam. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 09 JANUARI 2017.

Misi Bantuan RELA ke Pantai Timur

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menampal pelekat pada cermin kenderaan misi bantuan sebagai gimik pelancaran majlis Pelancaran Misi Bantuan RELA bagi mangsa banjir di Pantai Timur di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 04 JANUARI 2017.