Noor Asrekuzairey Mat Salim
Najb didakwa: Puluhan pengamal media mula banjiri perkarangan mahkamah
Puluhan pengamal media tempatan dan antarabangsa mula membanjiri luar pagar masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta bagi menunggu ketibaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk didakwa di mahkamah di sini.
Wan Azizah Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Wangsa Maju 2018
Reaksi ceria Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua kanan) ketika menyampai duit raya kepada anak-anak asnaf sambil diiringi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (kanan) pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Wangsa Maju 2018 di Taman Melati, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 JULAI 2018
MB Selangor Mulakan Tugas – Amirudin Shari
Reaksi Menteri Besar Selangor, Yb Amirudin Shari ketika memasuki pejabat beliau pada hari pertama beliau sebagai menteri besar di Pejabat Menteri Besar Selangor, Bangunan SUK, Sultan Salahuddin Abdul Shah, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 20 JUN 2018
Lawatan Kulasegaran ke Mahkamah Perusahaan Malaysia
Menteri Tenaga Manusia, YB Tuan M. Kulasegaran (tengah) mendegar penerangan sambil diiringi Yang Dipertua Mahkamah Perusahaan, Tuan Eddie Yeo Soon Chye (dua kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr. Mohd Gazali Abad (kiri) pada Program Lawatan YB Menteri Tenaga Manusia ke Mahkamah Perusahaan Malaysia di Wisma PERKESO, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 24 MEI 2018
Muhyiddin Hari Pertama Mula Tugas Sebagai Menteri KDN
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin meletakkan jari untuk merakam rekod kedatangan hari pertama pada jam 9 pagi sambil diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim (kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Datuk Wan Ali Besar (kiri) pada Majlis Sambutan dan Sesi Taklimat KDN di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 22 MEI 2018
Konvensyen Belia Kebangsaan Sambutan Luar Biasa
Presiden Majlis Belia Malaysia, Mua'amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin bersalaman dan beramah mesra dengan para peserta ketika hadir pada Konvensyen Belia Kebangsaan sempena Hari Belia Negara 2018 di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 MEI 2018
Zahid Hamidi Menangis Ketika Peluk Najib
Mantan Perdana Menteri merangkap Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berpelukkan dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan selepas sidang media khas pengemuman perletakan jawatan sebagai presiden UMNO di Auditorium Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 12 MEI 2018
PM – Tawan Bandar Tun Razak #PRU14
Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak diiringi Calon Barisan Nasional P.124 Bandar Tun Razak, Adnan Seman bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah dan penduduk BTR selepas menunaikan solat Asar pada Majlis Minum Petang Bersama Pengundi dan Jentera P.124 Bandar Tun Razak sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Masjid Az-Zubbair Ibnul Awwam, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MEI 2018
1 Mei 2018 – Sambutan Hari Buruh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak kerusi roda Krishnammal Mayalagu,47 (tengah) yang merupakan salah seorang penerima faedah rawatan Rehabblilitasi Perkeso Ayer Keroh pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2018 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 01 MEI 2018
Zulhasnan Rafique Lancar Manifesto BN Setiawangsa
Calon Barisan Nasional (BN) P.118 Setiawangsa, Tan Sri Zulhasnan Rafique (tengah) bersama jentera BN Setiawangsa pada Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) Setiawangsa sempena Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) di Bilik Gerakan Barisan Nasional Setiawangsa, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 30 APRIL 2018