Bernama
JBPM sedia teruskan bantuan untuk keluarga Allahyarham Adib
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga Allahyarham selain menyifatkan keputusan menarik balik rayuan berhubung prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas adalah hak mereka.
DBKL teliti semula kebenaran Skim Bebas Berniaga
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, DBKL antara lain akan menyusun semula kedudukan peniaga serta aktiviti perniagaan di lokasi yang menghalang lalu lintas terutama di tepi jalan.
Saya hantar bagasi berisi wang tunai RM3 juta kepada Ahmad Zahid...
Saya diminta berbuat demikian oleh Harry (Lee). Saya juga beberapa kali terlibat menghantar wang tunai kepada Datuk Seri (Ahmad Zahid). Saya telah membuat catatan untuk menunjukkan penghantaran wang tunai secara bulanan kepada Datuk Seri bermula dari Oktober 2014 hingga Ogos 2018. - David Tan.
KBS arah PSM lakukan forensik struktur Stadium Nasional
Bangunan stadium dibina pada 90-an untuk digunakan pada Sukan Komanwel 1998, dah lama kita tak buat forensik struktur, jadi kita nak tahu apakah masih kukuh dan sebagainya, apa perlu dibuat. - Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Warga emas didakwa cederakan jiran guna kayu
Koh Gee Doon, 64, didakwa dengan sengaja mencederakan jirannya, Hor Keng Wah berusia 69 tahun dengan menggunakan sebatang kayu sehingga mangsa mengalami kecederaan di bahagian atas kepala di hadapan sebuah rumah dekat Jalan Kelochor, Padang Kelochor, di sini, pada 12.20 tengah hari, 9 Jun lepas.
‘Monster’, ‘young boy’ dalam lejar UKSB merujuk kepada Ahmad Zahid –...
“Sebab saya menggunakan nama kod ‘monster’ adalah kerana semasa saya memasukkan lejar saya sedang makan snek Mamee Monster,” katanya.
Pembantu jualan dipenjara 6 tahun, 6 sebatan lakukan amang seksual
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa yang berusia 13 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kuala Klawang, Jelebu dekat sini kira-kira 2 pagi, 19 Jun 2020.
Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila diapungkan
Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini.
FMM rayu moratorium bagi surcaj ICPT tenaga
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata, permintaan itu mengambil kira kelewatan enam bulan impak harga bahan api terhadap tarif elektrik, terutama arang batu dan gas asli yang tidak berkurangan ke tahap pra-COVID-19 akibat gangguan utama pasaran minyak serantau dan wilayah serta ketidaktentuan akibat perang Rusia-Ukraine.
Suspek kes rogol 19 tahun lepas dibebaskan dengan jaminan polis
Pada 9 Jun lepas, polis berjaya menahan suspek yang disyaki terlibat kes rogol di Bagan Serai selepas 19 tahun berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa.