Tuesday, January 21, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

924 Artikel 0 Komen

Rakyat Malaysia Gembira Kerajaan Umum Boleh Keluar Membeli Berdua

Pasangan suami isteri, Hasbullah Abd Kadir (kiri) dan Noor Halinda Jaafar membeli barangan keperluan bersama selepas kerajaan membuat pengumuman setiap ketua keluarga dibenarkan ditemani seorang lagi ahli keluarga ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke-43 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di ST Rosyam Mart, Setiawangsa. foto FAREEZ FADZIL, 29 APRIL 2020

Petugas KKM Tinggalkan Pesanan “Bulan 8 Nak Kahwin”

Gelagat petugas KKM selepas membuat saringan kesihatan ke atas peniaga dan pekerja ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke-43 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 29 APRIL 2020

EKSKLUSIF | Pesalah PKP Kini Bergelar ‘BANDUAN’ di Penjara Kajang

Sebahagian banduan yang melanggar PKP dibotakkan kepalanya sebelum memasuki penjara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari ke-35 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 22 APRIL 2020

Salah Siapa Etnik Rohingya di Malaysia?

Gelagat kanak-kanak warga asing Etnik Rohingya selepas membuat saringan kesihatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan Covid-19 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Selayang Baru, Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 28 APRIL 2020

Wajah Pasar Borong Selayang Sunyi Tiada Kelibat Manusia

Antara barang yang ditinggalkan peniaga pada hari ke-42 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Harian Selayang, Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 28 APRIL 2020

Ziarah Ramadan MG Dekati Asnaf di PPR Desa Tun Razak

Wartawan Kanan Malaysia Gazette, Radzuan Hassan (dua kanan) bersama Penasihat Yayasan Aminah, Datuk Seri Izwan Shah Arif Shah (kanan) menyampaikan bantuan makanan asas kepada penduduk, Mohd Khairi Yahaya (dua kiri) dan Yahaya Bohari (kiri) pada Program Ziarah Ramadhan Malaysia Gazette di PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 27 APRIL 2020

Pengumuman Puasa Pada 1 Ramadan 1441H

Penduduk, Ismat Nazlimi Mat Isa (kanan) ditemani isteri, Nur Sheila Yahaya dan anaknya, Annur Hayaah Ismat Nazlimi mengikuti pengumuman tarikh 1 Ramadan yang disampaikan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika tinjauan lensa Malaysia pada hari ke 37 Perintah Kawalan Pergerakan di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 23 APRIL 2020

Pasar Borong Selangor Jadi Tumpuan Sebelum 1 Ramadhan

Pengunjung membeli barangan keperluan asas bagi membuat persiapan sempena sambutan bulan Ramadan pada hari ke 37 Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 23 APRIL 2020

‘Selamat Berpuasa’ Daripada Frontliner

Petugas KKM menulis 'Selamat Berpuasa' ketika membuat saringan kesihatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 di Flat Sri Murni, Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 23 APRIL 2020

Daily Life – Kuala Lumpur #OKU

Seorang pengguna kerusi roda menggunakan jalan raya yang lengang pada hari ke-33 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 APRIL 2020.