Friday, November 15, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Hafiz Sohaimi

Hafiz Sohaimi

135 Artikel 0 Komen

Konvoi Vaksin Covid-19 Keluar Dari KLIA

Konvoi kenderaan yang membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech bergerak keluar dari kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Sepang, Selangor. Foto HAFIZ SOHAIMI, 21 FEBRUARI 2021.

Pesawat MAS Bawa Vaksin COVID-19 Mendarat di KLIA

Pesawat MH604 membawa vaksin Pfizer-BioNTech selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Sepang, Selangor. Foto HAFIZ SOHAIMI, 21 FEBRUARI 2021.

Paparan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan #LindungDiriLindungSemua

Papan digital memaparkan info berkenaan vaksin yang akan tiba di Malaysia pada 21 Februari dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada 26 Februari ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 17 FEBRUARI 2021.

PKP 2.0 – Tenis

Orang awam bermain tenis di dalam gelanggang di sekitar Kuala Lumpur berikutan aktiviti sukan komersial telah dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjaun lensa Malaysia Gazette. Foto HAFIZ SOHAIMI, 16 FEBRUARI 2021.

Pusat Membeli Belah Kembali ‘Bersesak’ Dengan Pengunjung

Polis bantuan mengawasi dan menasihati orang awam agar mematuhi SOP jarak sosial di sekitar pusat beli belah Pavilion, Kuala Lumpur ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette. Foto HAFIZ SOHAIMI, 14 FEBRUARI 2021.

Premis Pemprosesan dan Peleburan Besi Haram Punca Pencemaran Sungai Semenyih Disita

Pegawai Alam Sekitar menguji tahap keasidan air ketika tinjauan sebuah premis yang menjalankan aktiviti peleburan besi menyebabkan pencemaran longkang monsun di Jalan Sungai Lalang Taman Semenyih Permata, Semenyih. Foto HAFIZ SOHAIMI, 14 FEBRUARI 2021.

PKP 2.0 – Gimnasium

Pengunjung melakukan senaman di dalam gimnasium berikutan aktiviti sukan komersial seperti padang bola sepak komersial, gimnasium dan gelanggang futsal dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di 116 Fitness, Rawaang. Foto HAFIZ SOHAIMI, 13 FEBRUARI 2021.

Kaki Pancing Lepas Gian Ngail Ikan #PKP

Orang awam melakukan aktiviti memancing di kolam pancing selepas premis perniagaan berkaitan aktiviti memancing seperti kolam pancing, pelantar pancing, rumah rakit dan bot memancing dibenarkan beroperasi semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 13 FEBRUARI 2021.

Kedai Makan, Restoran Siap Sedia Terima Pelanggan ‘Dine-In’ Semula

Pekerja gerai makan Heritage One Station membuat persiapan selepas kerajaan mengumumkan pelanggan dibenarkan makan di premis makanan dan terhad kepada dua orang satu meja mulai esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di salah sebuah premis menjual makanan, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 09 FEBRUARI 2021.

PKP 2.0 – Riadah Petang Bermain Papan Selaju

Orang awam riadah petang dengan bermain papan selaju ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sekitar MRT Ampang Park, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 08 FEBRUARI 2021.