Friday, September 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Hazrol Zainal

Mohd Hazrol Zainal

1575 Artikel 0 Komen

Noraini Ahmad Menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Menteri Pengajian Tinggi 2019/2020

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad (tengah) bergambar bersama pasukan UPNM yang mucul juara selepas berjaya menewaskan UKM pada Perlawanan Akhir Piala Menteri Pengajian Tinggi 2019/2022 di Stadium UKM, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 05 JULAI 2022.

Bakal Jemaah Haji ATM Selamat Berlepas #DailyLife

Sebahagian jemaah bakal berlepas ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Ibadah Haji selepas tertangguh dua tahun akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Foto HAZROL ZAINAL, 05 JULAI 2022.

Hishammuddin Iring Jemaah Haji Terkandas Berlepas Ke Tanah Suci

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memeluk erat salah seorang jemaah haji Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terkandas 30 Jun lalu ke Tanah Suci Mekah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto HAZROL ZAINAL, 05 JULAI 2022.

Ismail Sabri Lancar Malaysia Digital (MD)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa melawat pameran digital pada Majlis Pelancaran Malaysia Digital di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2022.

Muslimin Yahaya Hadir Perasmian TUBE@PEMERKASA

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Muslimin Yahaya (tengah) bersama Pengerusi SME Corp Malaysia, Datuk Seri Syed Hussein Al Habshee (tiga kiri) bergambar kenangan dengan sebahagian peserta usahawan pada Majlis Perasmian TUBE@PEMERKASA di SME Corp Malaysia, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2022.

Ismail Sabri Lancar Bulan Koperasi Kebangsaan 2022 #100Tahun

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat gerai pameran pada Majlis Pelancaran Bulan Koperasi Kebangsaan 2022 (BKK22) sempena 100 tahun Koperasi di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 02 JULAI 2022.

PM Rasmi Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia Ke-42

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Timbalan Presiden MTUC, Mohd Affendy Abdul Ghani bergambar kenangan dengan sebahagian perwakilan yang hadir pada Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kali ke 42 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 02 JULAI 2022.

Aksi Perlawanan KL City Tewaskan Tampines Rovers 2 – 1 #PialaAFC

Pemain Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue (kanan) gagal melepaskan jaringan selepas berjaya dihalang penjaga gol Tampines Rovers, Muhammad Syazwan Buhari pada perlawanan Piala AFC bagi kumpulan H di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Foto HAZROL ZAINAL, 30 JUN 2022.

PM Rasmi Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Setiausaha Agung Liga Muslim Dunia, Sheikh Dr. Mohammad Abdul Kareem Al-Issa (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengangkat tangan sebagai simbolik penyatuan pada Majlis Perasmian 'Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022' di Sunway Resort, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 30 JUN 2022.

Pelancaran Modul Integriti Penguat Kuasa

Kakitangan Institut Integriti Malaysia, Nadia azmin menunjukkan buku Modul Integriti Penguat Kuasa (MIP) yang baru dirasmikan di Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 30 JUN 2022.