Friday, September 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Mohd Hazrol Zainal

Mohd Hazrol Zainal

1575 Artikel 0 Komen

Lee Zii Jia – Hari Kedua Badminton Terbuka Malaysia

Aksi pemain perseorangan Lelaki Malaysia, Lee Zii Jia ketika menentang pemain perseorangan Lelaki Ireland, Nhat Nguyen pada perlawanan pusingan kelayakan dalam Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 29 JUN 2022.

Azmin Ali Terima Kunjungan Hormat Menteri Luar Australia

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali beramah mesra dengan Menteri Luar Australia, Penny Wong (kiri) ketika menerima kunjungan hormat menteri itu di DoubleTree by Hilton Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 29 JUN 2022.

Gelagat Upin Ipin Ketika Bersama Rakan

Upin Ipin dan rakan-rakan bergambar kenangan pada sidang media penganjuran ''Teater Muzikal Upin dan Ipin - Pin Pin Pom!'' di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 28 JUN 2022.

Reaksi Tajuddin Abdul Rahman Ketika Sidang Media Khas

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hadir pada sidang media khas mengenai pemecetan jawatannya sebagai ahli MKT UMNO di Hotel Eastin, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 27 JUN 2022.

Idris Ahmad Hadir Perhimpunan Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad (tengah) bergambar dengan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP), Noor Hadina Ahmad Zabidi (dua kanan) serta yang lain sambil memakai jubah khas baharu pada Majlis Perhimpunan Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama dan Penyampaian Amanat Menteri di Auditorium Jakim, Kompleks Islam Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 27 JUN 2022.

Ismail Sabri Rasmi Penutupan BN Youth Job Fair

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima surat tawaran kerja pada Majlis Perasmian Penutupan 'Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair' di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 26 JUN 2022.

Aksi Perlawanan KL City Ikat PSM Makassar 0 – 0 #PialaAFC

Pemain Kuala Lumpur City FC, Mohd Safee Sali melepaskan sepakan namun berjaya dihalang penjaga gol PSM Makassar, Muhammad Reza Pratama (kiri) pada perlawanan Piala AFC bagi kumpulan H di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Foto HAZROL ZAINAL, 24 JUN 2022.

Nancy Shukri Lancar Program Kerjasama Minat Khas PRE 2.0

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) diiringi Presiden Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA), Tan Sri Richard Koh (tiga kanan) beramah mesra dengan petugas yang memakai maskot pada Majlis Pelancaran Program Kerjasama Minat Khas di Bawah Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 (PRE 2.0) - MATFA, MSDA dan MKHA di Wet World Water Park Shah Alam, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 24 JUN 2022.

Jason Lo Bebas Tuduhan Dadah

Seorang penyanyi dan juga ahli perniagaan, Jason Jonathan Lo berjalan keluar selepas mahkamah majistret membebaskannya daripada pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badannya tiga tahun lepas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 24 JUN 2022.

Najib Razak, Guan Eng di Mahkamah KL

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke mahkamah bagi sambung perbicaraan kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 24 JUN 2022.