Norlaile Abd Rahman
Bukan semua positif Covid-19 itu ahli politik- Ismail Sabri
Ketika ditanya mengenai kewajaran kerajaan untuk tidak mengenakan perintah kuarantin 14 hari kepada individu yang baru pulang dari Sabah sedangkan individu pulang atau tiba dari luar negara diwajibkan menjalani perintah tersebut, Ismail Sabri menegaskan, Sabah adalah salah sebuah negeri di Malaysia.
Tidak perlu PKP, sekat rentas daerah – Ismail Sabri
Menurutnya, meskipun berlaku peningkatan kes mendadak kebelakangan ini namun kebanyakannya berlaku di dalam penjara iaitu melibatkan Kluster Tembok di Kedah dan Kluster Benteng di Sabah.
Pemuda UMNO mahu bantu pelajar IPT terjejas
Para pelajar institusi pengajian tinggi yang terkesan akibat penangguhan pulang ke kampus semalam boleh menghubungi Sekretariat Mahasiswa dan Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Buat saringan jika pulang dari Sabah sebelum 26 September
KKM menasihatkan individu yang pulang dari Sabah terutamanya dari Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna bermula 20 September hingga 26 September lalu untuk tampil secara sukarela menjalankan saringan Covid-19.
Ambil Sabah sebagai iktibar, sila patuh SOP – Noor Hisham
Peningkatan kes Covid-19 sejak akhir-akhir ini jelas disebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) oleh orang ramai di semua peringkat, katanya.
Isu kuarantin, KKM tak pernah pilih kasih – Noor Hisham
“Kami tidak double standard. Apa yang menjadi standard KKM selama ini contohnya Sri Petaling adalah zon merah, apakah KKM perlu pastikan semua yang berada di Kuala Lumpur wajib disaring apabila keluar dari Kuala Lumpur dan sekiranya mereka disahkan negatif, mereka tetap wajib menjalani kuarantin di rumah?" soalnya.
287 kes baharu Covid-19, catatan paling tinggi – Noor Hisham
Kes Covid-19 positif Covid-19 mencatatkan kes tertinggi harian terbanyak hari ini dengan 287 kes yang semuanya melibatkan penularan tempatan yang mana majoritinya atau 128 kes adalah daripada Kluster Tembok di sebuah penjara di Kedah, katanya.
Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong meninggal dunia
Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan meninggal dunia pada jam 11.50 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu, Sabah.
Indeks nilai seunit eksport susut
Indeks nilai seunit eksport susut 0.2 peratus kepada 109.7 mata pada Ogos tahun ini disebabkan kejatuhan indeks minyak galian (-2.7 peratus) diikuti alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (-0.6 peratus) dan bahan mentah tidak boleh dimakan (-0.6 peratus).
Kluster baharu: Indeks tidak tahu dijangkiti sehingga meninggal
Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu, kes indeks kluster tersebut adalah seorang lelaki warganegara Malaysia yang merupakan kes kematian ke-135 yang dilaporkan pada hari ini.