Lensa MalaysiaGazette
Perdana Menteri Ke 7 – Tun Mahathir Mohamad
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melambai tangan ke arah para penyokongnya selepas selesai istiadat angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 di perkarangan Istana Negara, Jalan Tunku Abdul Halim, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 MEI 2018
Tun Mahathir Angkat Sumpah – PM ke 7
Segelintir penyokong Pakatan Harapan menonton upacara angkat sumpah Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 menerusi skrin telefon bimbit semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di perkarangan Pintu 1 Istana Negara, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 10 MEI 2018
Penyokong Berhimpun Untuk Rai Tun Mahathir – PM ke 7
Gelagat seorang penyokong menunggang motorsikal dengan membawa bendera Pakatan Harapan bagi memberi sokongan terhadap Tun Mahathir Mohamad semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di laluan Pintu 1 Istana Negara, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 10 MEI 2018
Sidang Media Khas Barisan Nasional Selepas Keputusan #PRU14
Pengerusi Barisan Nasioanl, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbincang sesuatu sebelum menghadiri sidang media khas selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di umumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 10 MEI 2018
Tun Mahathir Menang Bersama Pakatan Harapan #PRU14
Calon Parlimen Langkawi P.04 merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad bersama kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan pada sidang media tergempar Pakatan Harapan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 09 MEI 2018.
Kotak Undi Makin Banyak Sampai #PRU14
Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa peti undi awal saluran 1 P.100 Pandan dari Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan Perbandaran MPAJ, Ampang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 09 MEI 2018
Rakyat Malaysia Keluar Memilih dan Mengundi #PRU14
Sebahagian pengundi warga emas menunggu bagi membuang undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 MEI 2018
Jari-jari Celup Dakwat SPR #PRU14
Pengundi Parlimen P.119 Titiwangsa, Intan Liana Azmi, 35 menunjukkan jari yang telah dicelup dengan dakwat kekal sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Sekolah Kebangsaan Taman Maluri, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 09 MEI 2018.
Calon-Calon Mengundi Bersama Pengundi #PRU14
Calon Barisan Nasional P.146 Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim (tengah) membantu salah seorang pengundi yang merupakan warga emas pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Sekolah Kebangsaan Seri Menanti, Muar, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 09 MEI 2018.
Peti Undi SPR Dibawa Keluar Seawal Pagi #PRU14
Beberapa kakitangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membawa keluar peti undi untuk disalurkan ke tempat-tempat yang terlibat pengundian sempena Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk, Bagan Datuk, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 09 MEI 2018