Lim Le Sze
Pembiayaan hartanah punca penolakan pinjaman lebih tinggi satu mitos
Tempoh pinjaman perumahan maksimum selama 35 tahun adalah lebih daripada mencukupi untuk peminjam menyelesaikan pinjaman mereka sebelum persaraan. Melanjutkan tempoh pinjaman perumahan akan terus meningkatkan jumlah kos pembiayaan dan juga tidak dapat membantu memulihkan dengan ketara nisban khidmat bayaran hutang seseorang peminjam. Sebagai contoh, andaikan tempoh pinjaman perumahan sebanyak RM500,000 dinaikkan daripada 35 tahun kepada 40 tahun. Lanjutan tempoh pembayaran tersebut akan menyebabkan kenaikan jumlah kos pembiayaan sebanyak 17.4% atau RM97,428, manakala bayaran ansuran bulanan hanya berkurang sebanyak 4.4% atau RM112 sahaja.