Monday, November 18, 2024
Home Penulis Artikel Oleh MalaysiaGazette

MalaysiaGazette

490 Artikel 0 Komen

Lembu Korban – Anak-anak Rohingya

Gelagat kanak-kanak pelarian Rohingya bermain dengan lembu-lembu yang akan dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Selayang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 31 OGOS 2017

MERDEKA – Sambutan Hari Kebangsaan ke 60

Reaksi pelajar Maktab Tentera DiRaja yang berselindung di sebalik Jalur Gemilang pada Sambutan Hari Kebangsaan ke 60 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 31 OGOS 2017

Yang di-Pertuan Agong Berkenan Hadir Sambutan Hari Kebangsaan ke 60

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan memberikan Kawalan Terhormat kepada perbarisan Utama Batalion Pertama Askar Melayu Diraja sambil diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Sambutan Hari Kebangsaan ke 60 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 31 OGOS 2017

Kemeriahan Penutup Sukan Sea KL 2017 dan Sambutan Ambang Merdeka

Kemeriahan pertunjukan bunga api menjelang Majlis Penutup Sukan SEA Kuala Lumpur ke 29 serta Sambutan Ambang Kemerdekaan ke 60 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 31 OGOS 2017

Harimau Muda Tewas di Final Sukan Sea KL 2017

Pemian-pemain Malaysia kelihatan kecewa selepas tumpas kepada Thailand 1-0 pada Perlawanan Akhir Bola Sepak Kejohanan Sukan SEA KL 2017 di Stadium Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 29 OGOS 2017

150 tahun Setem Negeri-Negeri Selat – Pos Malaysia

Pegawai Pos Malaysia, Siti Sharreezad Mohamad Indera dan Hazrul Afiq Mohd Radli menunjukkan setem-setem yang akan digunakan sempena 150 tahun Setem Negeri-Negeri Selat di Galeri Setem, Pos Malaysia, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 29 OGOS 2017

Najib Turun Padang – Raptai Penuh Sambutan Hari Kemerdekaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melaungkan 'Merdeka' pada raptai penuh Sambutan Hari Kemerdekaan 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 OGOS 2017

Salleh Keruak Sampaikan Hadiah Pertandingan Instagram Merdeka 2017

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Kerua (empat kanan) bergambar kenangan bersama para pemenang sambil diiringi Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi (enam kiri) pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Instagram Merdeka 2017 di Ruang Legar Busana, Menara Mara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 28 OGOS 2017

Daily Life – Jalur Gemilang

Seorang wanita menggunakan jejantas untuk melintas jalan yang dihias dengan bendera Jalur Gemilang dan papan 1Malaysia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena Hari Kemerdekaan ke 60 di sekitar kawasan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 OGOS 2017