Saturday, November 16, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Dr. Muzaffar Syah Mallow

Dr. Muzaffar Syah Mallow

24 Artikel 0 Komen

Panggilan pilihan raya adalah langkah terakhir

Langkah untuk membubarkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi jalan kepada proses pilihanraya awal perlu dilihat sebagai langkah terakhir oleh semua pihak kerana implikasi besar yang boleh diberikan melaluinya kepada rakyat, ekonomi serta keadaan semasa yang sedang berlaku dalam negara kita pada ketika ini.

Hati-hati dengan janji manis manifesto

Dengan mengambil kira keadaan semasa kini, kita perlu melakukan proses penambahbaikkan bagi melindungi rakyat khususnya para pengundi daripada menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab sewaktu tibanya musim pilihan raya.

Tuhan cipta pelbagai kaum untuk saling mengenali bukan membenci

Setiap individu adalah unik, setiap kaum juga adalah unik. Setiap daripada kita tidak diciptakan oleh Tuhan dengan sempurna, semua pihak memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Terima Israel bermakna iktiraf kekejaman mereka

Tindakan yang diambil oleh Bahrain dan UAE ini dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak negara-negara Islam yang lain akan mengambil langkah yang sama untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel, sekali gus memberi pengiktirafan kepada kewujudan Israel sebagai sebuah negara.

Guna sijil, ijazah palsu satu jenayah

Kesan negatif penggunaan sijil atau ijazah palsu bukan sahaja terhad terhadap diri pelaku malah turut memberi kesan kepada organisasi di mana di pelaku bekerja, kepada masyarakat sekeliling dan negara.

Kenapa tidak perkasakan peranan JAS?

apakah perbezaan peranan yang bakal dimainkan oleh unit baru ini dengan agensi penguatkuasa alam sekitar sedia ada dalam negara kita seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS)? Di bawah agensi mana unit baru ini akan diletakkan kelak? Adalah terdapat sebarang percanggahan tugas di antara unit baru ini dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) kelak? Kenapa tidak boleh diperkasakan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedia ada sahaja?

Hukuman keras tidak bawa makna tanpa penguatkuasaan ketat

Seperti kebiasaan, setiap kali ada isu pencemaran air dan masalah berkaitan dengan proses bekalan air bersih, maka muncull pelbagai cadangan untuk pinda akta- akta berkaitan seperti dengan menaikkan hukuman denda serta penjara kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan pencemaran air ini serta yang menyebabkan masalah gangguan bekalan air bersih.

Merdekakan diri daripada sikap membodek

Tiada definisi yang jelas terhadap perkataan bodek membodek ini. Namun, ianya boleh ditakrifkan sebagai satu perbuatan mengampu orang lain dengan mengucapkan sebarang ayat yang manis atau menggembirakan hati orang yang ditujukan ayat itu walaupun orang yang ditujukan ayat itu tidak layak menerima sebarang ucapan ayat yang manis atau menggembirakan.

RUU PM dua penggal penting untuk pengukuhan demokrasi

Dengan adanya tempoh had masa ini juga, kita dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan rakyat terhadap proses pentadbiran dan sistem demokrasi dalam negara kita.

Tolong jangan politikkan isu pendidikan

Sebarang penyelesaian terhadap isu yang melibatkan sistem pendidikan negara kita perlu memberi keutamaan terhadap para pelajar. Para pelajar kita yang kini sedang belajar di sekolah- sekolah dan di universiti serta tenaga pengajar mereka tidak perlu diganggu dengan pelbagai isu semasa yang melibatkan sistem pendidikan negara kita.