Noor Mohamad Shakil Hameed
Tahniah DBKL, PBT lain tunggu apa lagi?
Walaupun keputusan ini mengundang pelbagai persoalan, perdebatan dan juga bangkangan dalam segelintir anggota masyarakat yang terkesan namun tindakan berani dan keputusan muktamad ini sangat dialu-alukan. Penulis percaya majoriti
anggota masyarakat menyokong penuh usaha murni DBKL ini.
PKPB: Rakyat semakin gelisah
Antara kegelisahan utama sekarang ialah, PKPB dikhuatiri boleh menutup terus “periuk nasi” sekelompok besar masyarakat kita seperti pekerja swasta dan yang bekerja sendiri.
Integriti: Umpama mencari semut hitam
Namun secara prinsipnya setiap individu boleh dinilai tahap integriti diri berdasarkan sikap dan tingkah laku yang ditonjolkan tanpa dikaitkan dengan latar belakang pekerjaan, keluarga, agama mahupun bangsa.
Tiga keperluan utama rakyat
Apabila ramai yang hilang pekerjaan, keadaan ekonomi pula sangat tidak menentu dan ini ditambah pula dengan kenaikan kos sara hidup, maka satu lagi keperluan mendesak rakyat ialah ketiadaan wang tunai di tangan untuk menampung keperluan
perbelanjaan harian.
Realiti kehidupan rakyat marhaen
Realitinya, keadaan tetap tidak akan berubah, apatah lagi kita tidak ada banyak pilihan. Kehidupan perlu diteruskan walau dengan apa cara sekali pun. Inilah realiti kehidupan kita pada hari ini dan keadaan ini dijangka akan berterusan untuk suatu tempoh masa yang cukup lama.
Salah laku anggota penguatkuasa membimbangkan
Jelas sekali situasi salah guna kuasa dalam kalangan anggota penguat kuasa kini semakin meruncing. Buktinya hampir setiap hari ada laporan tentang kes salah guna penguat kuasa dari pelbagai agensi penguatkuasaan. Nilai rasuah dan penyelewengan yang terlibat juga cukup besar dan amat mengejutkan.
Rakyat sudah lama cemas
Secara umumnya sejak awal tahun ini rakyat sudah terbiasa dengan situasi cemas
berhadapan dengan tiga jenis “darurat” iaitu, cemas dari segi kesihatan dan keselamatan, cemas dari segi ekonomi dan sara hidup serta cemas dari segi ketidaktentuan landskap politik negara. Jadi kita sudahpun berada dalam kedaaan cemas ataupun “darurat” sejak awal tahun lagi, justeru tiada apa lagi yang mahu dirisaukan andai kerajaan mahu isytihar darurat sekarang.
Hayati semangat bahasa jiwa bangsa
Kita perlu sedar betapa bahasa kebangsaan ini besar peranannya jika kita mahu memantapkan perpaduan dan keharmonian kaum di negara kita.
Negara perlukan kerajaan yang stabil
Ironinya persoalan yang berlegar di kotak pemikiran rakyat sekarang ialah, andai
Anwar berjaya membentuk kerajaan sekalipun sejauhmana kerajaan itu akan
bertahan dengan mengambilkira sokongan Ahli Parlimen yang dilihat sentiasa
berubah dari semasa ke semasa. Maka tiada jaminan mana-mana kerajaanpun
mampu bertahan jika dibentuk dalam keadaan yang rapuh dan tidak kuat serta
stabil.
Tutup sekolah: Pastikan pendidikan tidak terabai
Dalam pada itu ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak terus kekal fokus ketika
menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Sediakan persekitaran dan
kemudahan yang kondusif serta bersesuaian agar anak-anak dapat belajar dengan
tenang dan selesa. Malah ibu bapa juga wajar bertindak sebagai guru di rumah
dengan membantu anak-anak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Kita
yakin kerjasama erat antara guru dan ibu bapa ini mampu meneruskan kecemerlangan pendidikan anak-anak.