Tag: 302 Kanun Keseksaan
Mekanik Pukul Isteri Hingga Maut Didakwa di Mahkamah Kajang
Tertuduh, Mohd Syawalludin Ismail dibawa ke mahkamah untuk didakwa atas kesalahan membunuh isterinya sehari sebelum Aidilfitri akibat berang hubungan sulit dimuat naik di media sosial di Kompleks Mahkamah Kajang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 MEI 2022.
Suspek Bunuh dan Bakar Penyelia Kedai Buku Dihadap ke Mahkamah
Anggota polis membawa seorang pengawal keselamatan yang merupakan suspek utama kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak pada 12 Mac lalu tiba di mahkamah untuk didakwa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 23 MAC 2022.
Sidang Media JSJN Selangor Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Ahmad Jefferi Abdullah menunjukkan dadah dan barangan membuat dadah yang dirampas selepas kejayaan polis dalam menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam. Foto AMIRUL SHAUFIQ 18 FEBRUARI 2022.
PDRM Rampas Dadah Bernilai RM5.08j
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman menunjukkan barang rampasan dadah bernilai RM5.08 juta selepas sidang media mengenai kejayaan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi oleh warganegara asing dan tempatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 JANUARI 2022.
Enam Suspek Pukul Pemandu e-Hailing Hingga Maut Didakwa di Mahkamah KL
Sebuah trak polis dipercayai membawa enam suspek ke mahkamah untuk didakwa susulan membelasah seorang pemandu e-hailing hingga maut di sebuah pusat hiburan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 JANUARI 2022.
Enam Suspek Termasuk Dua Remaja Bunuh Ah Long Didakwa di Mahkamah
Enam individu termasuk dua remaja menghadapi tuduhan dan bersubahat membunuh seorang ah long diiringi anggota polis ketika di Mahkamah Majistret Klang. Foto MOHD ADZLAN, 23 NOVEMBER 2021.
Suspek Bunuh Wanita Indonesia Dihadap ke Mahkamah
Seorang warganegara Pakistan, Hashmat Khan dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan membunuh seorang wanita pada 25 September lalu di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 11 OKTOBER 2021.
PDRM Tumpaskan Sindiket Seludup dan Edar Dadah Pasaran Antarabangsa
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), DCP Datuk Abdul Aziz Abdul Majid menunjukkan barang rampasan yang berjaya ditumpaskan pihak polis dalam sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa pada sidang media di IPD Kajang, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 OKTOBER 2021.
Pemandu Lawan Arus Sebabkan Dua Kematian Didakwa di Mahkamah
Suspek pemandu Mitsubishi positif ganja yang melawan arus akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dalam siasatan berhubung kemalangan menyebabkan kematian dua individu di Lebuhraya Persekutuan ketika dibawa oleh anggota polis di Mahkamah Majisret, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2021.
Ibu dan Kekasih Didakwa Bunuh Anak 3 Tahun Tangan Bergari ke...
Seorang wanita (dua kanan) bersama teman lelakinya (kiri) dihadapkan ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan mendera sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun yang merupakan anak kandung wanita tersebut di Mahkamah Bandar Baru Bangi, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 10 SEPTEMBER 2021.