Tag: atm
Sejuta veteran ATM dapat Bantuan Khas Kewangan RM350
KUALA LUMPUR - Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM350 secara one-off kepada 1 juta pesara kerajaan akan turut diberikan kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen.
Ini selaras dengan amalan semasa kerajaan yang prihatin terhadap golongan veteran ATM tidak berpencen agar turut menerima BKK.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif ini telah dilaksanakan pada Bajet 2021 yang mana sebanyak RM300 telah diberikan kepada kumpulan pesara.
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) menganggarkan sehingga kini terdapat kira-kira 300,000 veteran ATM yang terdiri daripada veteran ATM berpencen, pencen terbitan dan veteran ATM tidak berpencen.
Namun daripada jumlah itu, hanya seramai 82,000 veteran ATM tidak berpencen telah berdaftar dengan JHEV sehingga 30 September
2021.
Sehubungan itu, veteran ATM tidak berpencen yang belum berdaftar disarankan untuk berbuat demikian dengan JHEV agar BKK dapat disalurkan kepada mereka menjelang bulan Januari 2022. - MalaysiaGazette
Kebajikan warga ATM jadi keutamaan selaras dengan peruntukan Bajet 2022
Mengulas mengenai Hospital Medan ATM, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata pengoperasian Hospital Medan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru akan dikekalkan, mengambil kira kedudukannya berhampiran sempadan antarabangsa Malaysia dan Singapura.
Laungan ‘terima kasih frontliner’ bergema di SJR
"Walaupun SJR dihentikan secara rasmi, anggota polis akan melakukan pemantauan di kawasan-kawasan tumpuan di daerah Timur Laut bagi memastikan orang ramai terus mematuhi prosedur opeprasi standard (SOP) bagi mengelak penularan Covid-19,” kata Soffian.
Abang askar disyaki cabul wanita kedai vape direman
Mohamad Farouk berkata, suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya sekitar pukul 12.30 tengah malam tadi.
Hospital Medan kedua ATM di Sibu beropersi 15 Oktober
Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Rejimen 510 Askar Wataniah sedang membina hospital itu yang dijangka siap 7 Oktober ini.
ATM komited jaga kebajikan pesara tentera
"Jika dibandingkan dengan pengorbanan yang dilakukan perwira negara atas khidmat bakti mereka bantuan ini tidaklah seberapa namun kebajikan anggota kita dijaga sehingga ke liang lahad,” kata Arman.
Malbatt 850-9: Kali pertama dalam sejarah ATM disertai ramai anggota wanita...
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien berkata Malbatt 850-9 adalah lebih istimewa kerana ia disertai 11 pegawai dan 75 anggota lain-lain pangkat (LLP) wanita daripada keseluruhan 854 orang anggota dan pegawai.
Kebenaran rentas negeri dijangka dimuktamad tiga minggu lagi
InsyaAllah, kebenaran rentas negeri yang ditunggu-tunggu ramai akan diumumkan dalam masa terdekat. - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hospital medan di HPP dijangka beroperasi esok
Selepas semuanya selesai, hospital medan ini sudah bersedia bagi menerima pesakit Covid-19 dan kita jangka pesakit pertama akan dimasukkan esok pada jam 9 malam,” kata Dr. Zamri
Mindef sedia bantu KPM buka semula sekolah
Kerjasama itu meliputi empat perkara iaitu persiapan sebelum pembukaan sekolah, melancarkan pemberian vaksin kepada pelajar termasuk anak-anak warga ATM, penyediaan kit ujian Covid-19 dan memperkasa pusat tuisyen dalam kem ATM.