Tag: banjir
Jumlah mangsa banjir di Johor bertambah lagi
Kota Tinggi menjadi daerah terbaharu dilanda banjir di negeri ini yang menempatkan 16 mangsa banjir daripada empat keluarga, kata Vidyananthan.
Penduduk Segamat mula risau air naik
Selain bimbang barang di dalam rumah rosak dan musnah, apa yang lebih dikhuatiri keselamatan ibu, bersama tiga lagi anaknya termasuk yang kecil berusia dua tahun, kata Soon Yan.
Mangsa banjir Melaka meningkat 1,122 orang
Setakat jam 8 pagi tadi, 1,122 mangsa terjejas daripada 279 keluarga berbanding 944 mangsa sebelum itu.
Suburkan budaya gotong-royong dalam Keluarga Malaysia pasca banjir
Solidariti dalam bersama-sama mengharungi kesenangan dan kesusahan apabila berlaku suatu bencana ini dapat dimanifestasikan dalam perumpamaan ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Hujung 2021 yang penuh liku
Namun, sebagaimana kata Perdana Menteri pada sidang media khas 18 Disember lalu memaklumkan, kebiasaannya persiapan menghadapi banjir di beberapa negeri antaranya Kelantan, Pahang dan Terengganu dibuat lebih awal, namun keadaan banjir di Selangor seolah-olah 'mengejut'.
Warga emas meninggal dunia ketika selamatkan ternakan
Mangsa tergelincir jatuh semasa meredah air ke kandang ternakannya, kemudian isteri mangsa yang melihat kejadian tersebut sempat menarik lelaki itu ke kawasan yang lebih selamat.
Banjir Semakin Teruk Di Johor, Lelaki Dera Sembilan Anak Dan Isteri...
Banjir Semakin Teruk Di Johor, Lelaki Dera Sembilan Anak Dan Isteri Direman.
7 kejadian tanah runtuh dilapor hari ini
Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan kejadian bencana di 53 buah lokasi merangkumi banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap, jambatan rosak atau runtuh, setakat 10 pagi ini.
2 jalan di Segamat ditutup
JOHOR BAHRU - Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong dan Jalan Bangas di Segamat ditutup kepada semua jenis kenderaan susulan paras air naik kira-kira 0.5 hingga 0.6 meter.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Johor, Mohd Solihan Badri berkata, Jalan Jabi Kampung Bukit Tempurong ditutup pada 10 pagi Sabtu, membabitkan keluasan kawasan kira-kira 1,000 meter dan kedalaman air 0.5 meter.
"Jalan Bangas ditutup pada jam 10 pagi pada Sabtu selepas air naik 0.6 meter melibatkan kawasan kira-kira 100 meter. Orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif, Jalan Kuala Paya Balai Badang.
"Berdasarkan maklumat, antara faktor menyumbang kepada laluan dinaiki air ialah hujan berterusan. Justeru kedua-dua jalan terpaksa ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut Solihan, papan tanda amaran banjir dan jalan ditutup diletakkan di lokasi laluan yang ditutup dan pemantauan berterusan akan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor dan daerah Segamat.
Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan patuh arahan pihak berkuasa. Berhati-hati di jalan raya dan jaga keselamatan masing-masing," katanya.-MalaysiaGazette
456 mangsa di Segamat dipindahkan
Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APM) Johor berkata, kesemua penduduk yang terjejas ditempatkan di lapan PPS selepas kediaman mereka dinaiki air sehingga paras 1.5 meter.