Saturday, November 16, 2024
Home Tag Belanjawan 2019

Tag: Belanjawan 2019

Kadar CKHT dinaikkan

Bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada 5 peratus kepada 10 peratus dan bagi individu warganegara dan penduduk tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada 0 peratus kepada 5 peratus.

Levi pelepasan penumpang ke luar negara

Lim Guan Eng berkata, kadar yang dicadangkan adalah melibatkan dua peringkat kategori, iaitu pertama, sebanyak RM20 dikenakan ke atas penumpang ke negara ASEAN dan kedua sebanyak RM40 dikenakan ke atas penumpang ke negara lain.

Penyangak curi wang rakyat, pulangkan wang itu dan bersedia diadili ...

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakhiri ucapan pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini dengan meminta penyangak yang telah mencuri wang rakyat supaya memulangkan wang tersebut kepada negara dan bersedia dihadapkan ke muka pengadilan.

REIT lapangan terbang diwujudkan

Melalui inisiatif ini, kerajaan berharap dapat meraih dana sebanyak RM4 bilion daripada penjualan 30 peratus ekuiti REIT kepada institusi pelaburan yang berpeluang memegang aset infrastruktur yang berkualiti.

Hutang kerajaan RM725b

Hutang langsung Kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM725 bilion tetapi masih pada 50.7 peratus daripada KDNK pada akhir Jun 2018, kata Menteri Kewangan.

Pejabat Pengurusan Hutang diwujudkan

Pejabat Pengurusan Hutang akan memantau penerbitan hutang oleh Kerajaan Persekutuan, badan berkanun dan syarikat tujuan khas (SPV) secara holistik.

RM314.6 bilion diperuntukkan untuk Belanjawan 2019

Sejumlah RM314.6 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan kerajaan Persekutuan pada 2019, 0.3 mata peratusan lebih tinggi daripada jumlah belanjawan 2018 disemak iaitu RM290.4 bilion.

Saya rasa bangga, kata Lim Guan Eng

Menteri Kewangan Lim Guan Eng melahirkan rasa bangga ketika melangkah keluar dari Kementerian Kewangan di sini hari ini untuk membentangkan Belanjawan 2019 di bangunan Parlimen, petang ini.

PH lakar sejarah bentang belanjawan negara

Tanggal 2 November bakal melakar sejarah Malaysia apabila pembentangan Belanjawan 2019 dibawa ke bangunan Parlimen untuk dibentangkan oleh Menteri Kewangan mewakili Pakatan Harapan (PH).

Jangan beban rakyat dengan cukai tambahan

"Daripada menjanjikan bulan dan bintang (semasa kempen PRU-14) ia (dibimbangi) berubah kepada bajet tuntut pengorbanan rakyat," ujar Najib.