Friday, September 27, 2024
Home Tag BKK

Tag: BKK

Sejuta veteran ATM dapat Bantuan Khas Kewangan RM350

KUALA LUMPUR - Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM350 secara one-off kepada 1 juta pesara kerajaan akan turut diberikan kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen. Ini selaras dengan amalan semasa kerajaan yang prihatin terhadap golongan veteran ATM tidak berpencen agar turut menerima BKK. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif ini telah dilaksanakan pada Bajet 2021 yang mana sebanyak RM300 telah diberikan kepada kumpulan pesara. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) menganggarkan sehingga kini terdapat kira-kira 300,000 veteran ATM yang terdiri daripada veteran ATM berpencen, pencen terbitan dan veteran ATM tidak berpencen. Namun daripada jumlah itu, hanya seramai 82,000 veteran ATM tidak berpencen telah berdaftar dengan JHEV sehingga 30 September 2021. Sehubungan itu, veteran ATM tidak berpencen yang belum berdaftar disarankan untuk berbuat demikian dengan JHEV agar BKK dapat disalurkan kepada mereka menjelang bulan Januari 2022. - MalaysiaGazette

LHDN buka kaunter rayuan bantuan kerajaan mulai hari ini

Kaunter itu akan dibuka dari 8 pagi hingga 12 tengah hari berdasarkan waktu bekerja bagi setiap negeri serta melalui janji temu sahaja

BKK: Anggota perkhidmatan awam NS terima RM1,000

Langkah ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan penjawat awam dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini