Saturday, November 16, 2024
Home Tag BN

Tag: BN

Cameron Highlands: myPPP serah kepada Najib, MIC tidak berganjak

Sebelum ini, Kayveas bertegas untuk bertanding di kerusi Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) akan datang. Langkah itu menimbulkan rasa tidak puas hati MIC yang mana kerusi terbabit telah lama menjadi kerusi parti ketiga terbesar dalam BN.

Najib tekankan komponen BN terus bersatu hadapi PRU14 – Hishammuddin

Penting (persefahaman antara komponen parti) sekarang jangan kita benarkan apa sahaja perkara yang dibangkitkan memecahbelahkan kesatuan antara komponen yang ada dalam BN. Ini ditekankan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

PRU-14: Bukan salah Pas jika berlaku pertembungan 3 penjuru

"Pas bertanding sejak dulu dan saingan BN. Apabila Pas menang calon ini telah keluar masuk PAN, sudah pastinya ia kawasan kita dan DUN dimiliki Pas dan kita akan kekal bertanding berdepan dengan BN satu lawan satu malangnya PAN pun nak bertanding di Semantan dengan menganggap ia calon PAN," kata Nasrudin.

Pas tak pernah mulakan tradisi bertanding 3 penjuru

Sallehen menyatakan bahawa beliau sengaja membuat kenyataan seperti itu kerana tahu bahawa ada pihak akan merasa tersentap dengannya.

Akar umbi BN Lembah Pantai tetap mahu Nong Chik

Mereka nak saya teruskan perjuangan di Lembah Pantai dan pengundi pun mahu saya dicalonkan semula. Saya tawarkan diri sebagai calon sebab perjuangan yang belum selesai. Sebab dulu saya gagal peroleh kerusi Lembah Pantai. Malah saya dapat sokongan daripada akar umbi, mereka nak saya dicalonkan.

Perjuangan Pekira sama dengan UMNO, BN – Ridzuan

PEKIRA tidak mahu merugikan UMNO dan BN kerana parti itu jelas memihak kepada kerajaan sedia ada.

PKR perlu taubat nasuha jika mahu kerjasama dengan Pas

Bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali hari ini menyindir PKR agar melalukan taubat nasuha terlebih dahulu sekiranya masih mahu bekerjasama dengan parti itu di masa akan datang. Menurutnya, perkara itu mesti dilakukan oleh PKR kerana sering menyerang parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu termasuklah memfitnah bahawa Pas menerima dedak daripada UMNO.

Sudah tiba masanya pengundi Permatang Pauh berubah – Najib

Beliau berkata, parti pembangkang menggerakkan reformasi kira-kira 17 tahun lepas untuk melawan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi secara rasminya gerakan itu boleh dikatakan berkubur apabila orang yang dilawan dahulu, membuat pusingan 360 darjah, dan kini bekerjasama dengan pembangkang.

Zahid: Pesara patut terima kasih, bukan gigit tangan yang beri mereka...

Semua pesara di negara ini digesa agar terus berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan segala kemudahan dan faktor kewangan setelah tidak lagi menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.

‘Jika mahu selamat, saya tidak boleh mendahului PM – seloroh Zahid

Timbalan Perdana Menteri secara berseloroh berkata beliau tidak boleh mendahului bossnya dalam apa juga tindakan. Menurut Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid, beliau tidak boleh membelakangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika mahu 'selamat' dalam jawatan beliau.