Wednesday, November 27, 2024
Home Tag Dailylife

Tag: dailylife

Swafoto Kenangan di Bawah Kapal Terbang #DailyLife

Orang ramai tidak melepaskan peluang berswafoto dan menikmati pemandangan kapal terbang mendarat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto HAZROL ZAINAL, 03 JUN 2022.

Dua Tahun Tak Raya, Ziarah Rumah ke Rumah Meriah #Aidilfitri

Orang ramai menyambut kedatangan Aidilfitri dengan menziarahi teratak kaum keluarga pada 1 Syawal ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Batu 14 Hulu Langat, Selangor. Foto MUHD NA'IM, 02 MEI 2022.

Tiada Lagi Imbasan MySejahtera #DalamKenangan

Pekerja restoran, Muhd Azlan Nazron Sila menyimpan pelekat imbasan MySejahtera dan peralatan imbas suhu selepas tidak lagi diwajibkan berikutan kelonggaran SOP bermula esok iaitu 1 Mei ini ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 30 APRIL 2022.

Kampung Sri Langkas Berkilauan Dengan Cahaya Menara Berkembar #Aidilfitri

Lampu perhiasan yang direka pelbagai bentuk dihadapan rumah Shaharun Niah Elias bagi memeriahkan suasana perayaan Aidilfitri dapat menarik perhatian penduduk sekitar ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Sri Langkas Tambahan, Puchong, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 29 APRIL 2022.

Ramadan2022 – Zakat Fitrah

Jemaah masjid membayar zakat fitrah pada amil zakat yang berdaftar dengan Majlis Agama Islam Selangor MAIS ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 13 APRIL 2022.

Burung Kakak Tua Terbang Bebas #FreeFlyParrot

Kumpulan Komuniti Free Fly Parrot Malaysia beriadah bersama burung kakak tua peliharaannya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 13, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 31 MAC 2022.

Jualan Barangan Terpakai di Pasar Pagi Parit Yusop #DailyLife

Penduduk tidak melepaskan peluang membeli barangan terpakai yang dijual ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Pagi Parit Yusop, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 02 MAC 2022.