Tag: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pengampunan penuh atau pengampunan bebas? Soal Pas
Soal sembah derhaka Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam isu pengampunan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibangkitkan oleh Pas tidak wujud sama sekali.
Hanya masa pisahkan Anwar dengan jawatan perdana menteri, kata Azmin
Hanya masa memisahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jawapan perdana menteri kelapan, kata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.
Lebih tiga bulan tidak sihat, Muhyiddin kempen untuk Anwar
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyepi daripada arena politik buat seketika, akhirnya meluangkan masa untuk berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
No way Isa boleh menang, kata Ibrahim Ali
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim diumum secara rasmi bakal Perdana Menteri kelapan, separuh pengundi kerusi N132 berpihak kepadanya.
Anwar tawar jadi ‘perunding’ hidup di penjara kepada Najib dan Rosmah
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaannya untuk memberikan khidmat perundingan kepada mana-mana bekas pemimpin dan pasangannya tentang bagaimana menjalani kehidupan dalam penjara.
Manifesto hanyalah panduan, kata bekas menteri
Bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar berpendapat manifesto Pakatan Harapan hanyalah panduan yang ditetapkan kerajaan baharu dalam membawa agenda mensejahterakan rakyat.
Hapuskan urusniaga dan aktiviti berpaksikan hak istimewa – Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, urusniaga dan aktiviti yang berpaksikan hak istimewa dan naungan (patronage) perlu dihapuskan supaya setiap pihak sama ada kerajaan, sektor swasta malah rakyat sendiri mempunyai peluang yang sama rata.
Terpulang kepada hakim putuskan status Anwar – Pengerusi SPR
Buat masa ini Datuk Seri Anwar Ibrahim masih merupakan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson walaupun status kelayakannya untuk bertanding dipersoalkan.
Liwat: Anwar akan beri keterangan sebelum 13 Oktober
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan keterangan berhubung isu liwat melibatkan seorang pelajar warga Indonesia di Singapura, baru-baru ini.
Stevie Chan patut fokus kempen bukan pantau saya – Anwar
Datuk Seri Anwar Irabhim menasihati calon bebas Stevie Chan Keng Leong supaya menumpukan kepada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson dan bukannya mencampuri atau mencari kesalahan calon lain.