Tag: denda
Masih berlaku nahas pemandu mabuk, tangani dengan tegas
Ahli Parlimen Belia Malaysia Kuala Lumpur, Abdul Hakim Hafizi Hamizan berkata, isu pemandu mabuk ini seperti tiada kesudahan biar pun telah banyak berlaku dan kes meragut nyawa orang lain.
Syarikat langgar SOP bakal didenda RM50,000
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, denda yang lebih sesuai untuk syarikat yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah RM50,000 kerana denda RM1,000 adalah terlalu rendah.
Tambah denda langgar SOP akan tambah Kluster Penjara – Musa
Kerajaan diminta tidak membebankan rakyat dengan meningkatkan denda kepada mereka yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kerajaan cadang naikkan denda ingkar PKP – Ismail Sabri
"Kita sudah minta Peguam Negara untuk melihat perkara ini iaitu denda kepada individu boleh ditambah kepada maksimum. Selain itu, denda kepada syarikat mungkin ditambah maksimum sehingga RM100,000," ujarnya.
Bapa Bob Lokman didenda RM4,000 atas kesalahan ugut, rosak harta masjid
Majistret Mohd Izzuddin Mohd Shukri menjatuhkan hukuman itu terhadap Lokman Ahmad, 83, atau lebih dikenali sebagai Ayah Man, selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, dekat sini, pada 11 pagi, 21 November 2020.
Mekanik didenda RM100 kerana maki bapa selepas berang ditegur
Akibat mengeluarkan kata-kata kesat terhadap bapanya selepas tidak berpuas hati ditegur kerana meletakkan tin biskut di atas katil, seorang mekanik didenda maksimum RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Presiden Chile didenda AS$3,500 tak pakai pelitup muka
Gambar swafoto itu menunjukkan Presiden tersebut dan wanita terbabit berdiri berdekatan pada hari yang panas, kedua-duanya tidak memakai pelitup muka.
Kontraktor SUKE Didenda RM180,000
Kontraktor Utama iaitu MRCB Builders Sdn Bhd dikenakan penalti RM80,000 manakala subkontraktor Makna Setia Sdn Bhd berjumlah RM100,000. - Datuk Seri Fadillah Yusof.
Suami isteri buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan...
Gara-gara tidak mahu membayar denda bagi membuat kad pengenalan baharu, sepasang suami isteri, kedua-duanya berumur 27 tahun sanggup membuat laporan palsu kononnya beg diragut dan rugi RM3,000 dalam kejadian di Kota Syahbandar di sini, 29 Nov lepas.
Bapa 3 anak mengaku tidak bersalah sebabkan kematian operator kilang
Tertuduh Hoi Yew Seng, 41, yang merupakan seorang jurujual bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.