Tag: Ekonomi
PH hanya fokus perebutan kuasa – Gerakan
Pakatan Harapan dilihat hanya fokus kepada perebutan kuasa di antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun tidak pernah mengambil berat terhadap isu siapakah yang lebih layak dan mampu menggalas jawatan Perdana Menteri.
Anjakan paradigma dalam perniagaan penting bagi tangani kesan ekonomi
"Langkah ini akan menggabungkan penggunaan analisis data raya, alat pentadbiran digital dan pengurusan perniagaan serta teknologi terhubung,” kata Mohamed Azmin.
‘No one left behind’ tiada dalam Penjana – Amiruddin
''Makcik Kiah hanya perlu bertahan dengan pemberian Bantuan Prihatin Nasional yang tidak lagi mencukupi untuk menghadapi masa mendatang. Sudahlah mereka sudah tutup gerai sejak bulan Mac, malah tiada lagi bantuan tambahan bagi golongan kecil seperti ini. Kini mereka perlu bermula dari bawah untuk meneruskan kehidupan apabila gerai kecil baru sahaja dibenarkan untuk berniaga,'' katanya dalam satu kenyataan di sini.
Bursa dalam mod pembetulan
Pembetulan FBM KLCI sememangnya dijangkakan memandangkan peningkatan harga perolehan agak berlanjutan serta tinggi, manakala paras indeks bergerak dalam lingkungan terlebih beli.
Pemulihan ekonomi Malaysia dijangka bermula akhir 2020 – Bank Dunia
Pengurus Negaranya bagi Malaysia, Dr Firas Raad berkata, negara perlu meneruskan langkah-langkah kesihatan awamnya yang efektif ketika memulihkan semula ekonomi kembali ke paras seperti sebelum bermulanya pandemik Covid-19.
Inisiatif dan kerjasama kerajaan tangani pengangguran
Antara tindakan yang diharap dari pihak majikan ialah, pastikan tidak ada lagi pemberhentian pekerja.
Gunakan insentif subsidi upah ini untuk menampung kerugian yang berlaku akibat ketidaktentuan peluang perniagaan tatkala kita berada dalam tempoh peralihan pembukaan semula ekonomi.
Penjana mampu lonjakkan aktiviti pembinaan
Fokus kerajaan dalam menyediakan bantuan aliran tunai menerusi pembiayaan SME Bank untuk kontraktor kelas G2 dan G3 yang dianugerahkan projek-projek kecil kerajaan akan membantu mempercepatkan pelaksanaan projek oleh kontraktor berkenaan dan membantu dalam aliran tunai bagi kontraktor gred ini.
Ekonomi dijangka sederhana pada suku ketiga
AmBank Group Researah berkata, Indeks Pengurusan Pembelian (PMI) utama Mei menyaksikan kenaikan ketara kepada 45.6 tetapi masih berada di 'wilayah' menguncup.
Pembukaan semula ekonomi lancar – Tengku Zafrul
Namun, peningkatan jumlah pengangguran ini masih di dalam kawalan berbanding 3.3 peratus pada suku sebelumnya.
Aliran keluar meningkat kepada RM589.62 juta
“Nampaknya pembukaan semula ekonomi secara berperingkat telah menyokong pasaran ekuiti,” katanya kepada Bernama.